Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 4 April 2017

Jangan kita Lupa Jenayah 1MDB



Tuduhan bahawa Najib itu perompak besar ada kebenaran nya. Jenayah ekonomi- dimana lebih dari USD3.5 billion dicuri dan digunakan untk membeli aset dan mengayakan diri mereka2 yang terlibat dalam 1MDB ialah seperti yang tersenarai dibawah. Dan supaya kita jangan lupa- orang2 ini semua kaya dengan duit curi dan berlagak macam keadilan tidak akan dapat menjejaki mereka;

1. Najib Tun Razak, (Malaysia Official 1).
2. Riza Shahriz Bin Abdul Aziz or Riza Aziz, anak Rosmah Mansur dan anak tiri Najib.

3. Tan Sri Ismee Ismail, ex-1MDB Executive Director (1MDB Officer 1).
4. Shahrol Azral Ibrahim Halmi, ex-1MDB CEO (1MDB Officer 2).
5. Casey Tang/Jasmine Looi, ex-1MDB General Counsel and Executive Director (1MDB Officer 3).
6. Low Taek Jho (Jho Low),  1MDB investment advisor. 
7. Khadem Abdullah Al Qubaisi.
8. Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Mengapa tidak seorang pun dari mereka disiasat dan dihadapkan ke mahkamah? Bila kita kritik pihak polis, Najib pura2 marah. Polis asyik memburu siapa yang kritik Najib dan mengkritik sultan itu dan sultan ini. Tangkap penyamun 1MDB mereka tidak. Tidak ada kes kata mereka.
Apa kata, jika kerajaan baru nanti buat siasatan , didapati ada kes besar? Mereka yang menyembunykan ini, pasti akan menerima padah nya. Seperti Haji Hadi sebut- kita tahu siapa penghalang Keadilan.
Sejak mula sahaja, rompakan dilakukan oleh mereka yang berkerja dengan 1MDB. Bayangkan ini- seorang pegawai bank Negara memperakui bahawa PIL adalah syarikat milik kerajaan Arab Saudi. Dia kata , ini deal g to g. Dia kemudian nya disebut sebagai menerima USD5 million atau RM20 juta hanya untuk main peranan kecil.
Ini suatu pembohongan yang menyebabkan sejumlah wang dihantar kepada akaun orang lain. Atas otoriti apa dia berkata demikian? Dia bukan menteri. Nyatalah tujuan nya ialah memaksa lembaga pengarah dan bank pengirim menyegerakan penghantaran wang kedalam akaun yang sudah terancang.
Akaun tersebut ialah akaun Good Star Ltd yang dikuasai oleh Jho Low. Mereka yang mendesak dan menyegerakan kiriman wang sebanyak USD700juta mesti sudah tahu bahawa akaun itu Jho Low yang punya. Usaha mempercepatkan memberi kita syak bahawa mereka sudah dibeli oleh Jho Low. Mengapa kemungkinan ini tidak disiasat?
Ismee Ismail ‘reinstate’ Shahrol Halmi sebagai CEO 1MDB menimbulkan tanda tanya. Semasa berkerja dengan TIA sebagai CEO, dia telah melakukan suatu urusniaga menjual bond yang tidak disetujui oleh kerajaan Terengganu. Akibat nya dia dilucutkan jawatan. Tapi Ismee Ismail ‘reinstate’ dia sebagai CEO bila 1MDB ambil alih TIA dan menanggung liabliti IMTN yang diterbitkan. Kenapa dia melakukan tindakan itu? Mengapa perkara ini tidak disiasat?
Apa sebenarnya peranan yang dimainkan oleh Shahrol Halmi? Mengapa dia menyembunyikan fakta2 material dari lembaga pengarah? Ini membayangkan bahawa Shahrol Halmi berada dalam loop sejak dari mula. Adakah dia dilindungi oleh MO1 yakni Najib.
Dia tidak disiasat dan masih berkerja dengan pejabat PM. PM melindungi seorang pegawai yang berkomplot melarikan wang 1MDB. Ianya menunjukkan bahwa dia ada kaitan dengan Jho Low. Sifat kaitan ini mesti disiasat. Adakah dia budak suruhan? Orang upahan? Adakah dia menerima sogokan dari Jho Low?
Adakah kita memaafkan dia kerana dia orang Melayu?
Mereka ini semua disyakki terlibat dalam pencurian wang dari 1MDB untuk kepentingan diri dan kroni dan keluarga mereka. Jangan lupa. Semua orang ini mengambil duit yang dicuri dari 1MDB.
Kita perlu ingat- ini bukan kes mengganti wang yang dicuri. Jika setiap sen dikembalikan, jenayah sudah dilakukan. Curi, pecah amanah, rompak, pembohongan jenayah dan lain2. Salah guna kuasa.
Orang UMNO yang melaung sana sini bahawa mereka lebih Melayu dari yang lain, diam seribu bahasa dan merelakan duit ini disapu oleh bukan Melayu terutama nya Jho Low. Apatah lagi, mereka membisu seribu bahasa bila wang yang begitu banyak diucuri oleh Al Qubaisi dan Husaini Badawy. Mereka ini semua dibawah arahan Jho Low dan Jho low diarah oleh Najib/Rosmah.
Ramai yang terlibat tidak pernah didakwa di mahkamah pun. Tidakkan iamengherankan kita, 6-7 negara dalam dunia ini semua sudah menghukum mereka yang terlibat, bank2 tidak dibenar beroperasi di Singapura kerana melakukan kesalahan kerana 1MB, Malaysia- negara dimana 1MDB dilahirkan sedikitpun tidak mendapati sesiapa bersalah. Anih bukan?
Pegawai yang menipu mengatakan bahawa Petrosaudi Ltd adalah syarikat milik kerajaan Saudi Arabia tidak dihukum kerana menipu. Mereka yang menipu mengatakan Good Star Ltd adalah anak syarikat Petroasaudi International td, tidak disiasat.
Orang2 yang bertanggngjawab melesapkan wang RM4 billion dari KWAP tidak disiasat sehingga ke hari ini.  Nik Faisal Arif Kamil dan Dato Subuh, orang Melayu yang bertanggung jawab menyalurkan duit kedalam akaun Najib atau Rosmah atau akaun yang ditunjukkan oleh Najib, tidak dibawa kepada mahkamah.
Semua ini menunjukkan bahawa kita dipimpin oleh seorang perompak. Maka biarlah orang Pekan mendewakan seorang perompak, yang lain di Malaysia mesti tunjuk ajar orang Pekan, cara untuk menyelesaikan masaalah ialah dengan menolak Najib Razak.
Najib dan Rosmah, Riza Aziz dan Jho Low dan geng2 lain, mencuri sekurang kurang nya RM15,000, 000,000 atau RM15 billion dari 1MDB.
USD 1.14 billion dicuri oleh Jho Low pada fasa Good Star Ltd- shahrol helmi, Ismee Ismail, Casey Tang , Jasmine Loo, dan ramai lagi agaknya yang bersubahat menhantar duit kedalam akaun Jho Low, Good Star Ltd.
Pada Fasa syarikat palsu- Aabar BVI, USD1.367 billion dicuri.
Dan dalam FasaTanore Finance, USD1.26 billion dicuri. Kita diberitahu Najib memulangkan kembali USD620 juta kepda Tanore Finance- ada wire transfer tapi Tanore Finance ini, menjadi front untuk siapa?
Jika Tanore Finance ini adalah syarikat yang dikuasai oleh Jho Low dan Jho Low sebetulnya menjadi pagar kepada Najib atau Rosmah, maka mereka berdua ini bertangung jawab kepada kesemua USD1.26 billion ini.

Jadual 1.
AKAUN
TAHUN
SIAPA
USD JUTA
RM JUTA

GoodStar
2009
Jho Low
700
2800
Good Star
2011
Jho Low
440
1760
Aabar BVI
2012
Jho Low/Eric Tan
1376
5470
Tanore Finance
2013
Jho Low/Eric Tan
1265
5060
Jumlah


3,772
15,090

Mereka ini merompak sebanyak sekurang kurang nya RM15 billion.
Dan berana Najib terima sekurang kurang nya?
Jadual 2
tarikh
Bank menerima
pemilik
USDjuta
RM juta
Feb-june 2011
AMbank
Najib
20
80
May-nov 2102
ambank
Najib
30
120
Dec 2012
Falcon bank
Najib
5
20
March 2013
ambank
Najib
681
2700
Jumlah



2920

Ertinya Najib sapu sekurang kurang nya, RM2.9 billion.
Mengikit butiran yang disediakan oleh Donplaypuks, daripada RM8.99 billion yang disenaraikan oleh Jabatan Kehakiman Amerika, mereka2 yang dibawah ini telah sapu duit 1MDB.


1. Al Qubaisy - RM1.89 billion
2. Badawi Husseiny - RM270 million
3. Casey Tang/Jasmine Looi - RM20 million
4. Riza Aziz - RM952 million
5. Prince Turki/Obaid - RM18 million
6. Najib - RM2.94 billion. Dia tidak meneangkan apa terjadi kepda USD620 juta =RM2.48 yang dipindahkan atau dipuang kedalam akaun Tanore Finance pada 26 August 2013.
7. Jho Low & keluarga RM2.88 billion:
(a) Lukisan - RM940 million
(b) Hartanah - RM1.38 billion
(c) 22% share dalam EMI = RM430 million
(d) pesawat Bombardier  Jet = RM140 million

Bererti masih ada sebanyak
RM 6.1 billion masih tidak dikesan. Hanya Najib dan Jho Low tahu dimana wang tersebut. Pelik nya, tidak ada sedikitpun usaha untuk membawa Jho Low pulang dan disiasat dalam negeri ini. Mungkin juga Jho Low pun tidak mahu membelek tong drum minyak dari dalam.
Semua asset dan lukisan mahal dan hartanah yang dibeli oleh Jho Low datang dari duit yang disonglap dari 1MDB. Tapi pejuang2 Melayu, tidak ada seekor pun yang bising bagaimana maruah Melayu tercalar atau maruah Melayu yang sensitif itu tercedera.
Riza Aziz yang lagak sana sini, rupa2 nya ambil wang dari1MB yang diberi oleh pak Arab yang curi duit dari 1MDB. Dalam keadaan ketika itu, mustahil Riza Aziz mempertahankan menerima wang terseburt dari sumber yang dia tidak tahu.
Najib sendiri menerima wang ciiri sebanyak R2.94 billion. Dia tahu dari mana wang itu datang sebab dialah co-arkitek peynmunan wang dari 1MDB bersama dengan Jho Low.
Sekali lagi kita tanya, kenapa kerajaan Malaysia mengheret kaki sebagai orang lumpuh tidak mahu membawa Jho Low ke mahkamah dalam negara ini untuk berdepan dengan music?
Dan jika tidak ada satu pun kes mahkamah dibawa di Malaysia, bagaimana kah memperlakukan peakara ini menjadi sub judice atau menghina mahkamah? Malaysia tidak pun merupa pihak yang terlibat dalam mahkamah2 diluar negara.
Ertinya, terdapat pula kolusi dan subahat dikalangan orang dalam negara ini untuk melindungi kesemua pencuri tadi dan menyembunyikan kebenaran. Pengsubahat ini termasuklah golongan agama yang mungkin menerima wang untuk melakukan kerja keagamaan menyembunyikan kemungkaran ini. Ianya termasuklah usaha bodoh yang mensyaratkan mesti ada 4 orang saksi yang melihat semua kejadian samun tadi.
Orang akan mentertawakan nilai keadilan Islam dalam kes seperti ini.
Kepada akauntan, ianya bermana, RM15 billion dalam bentuk asset dalam balance sheet 1MDB 2014, yang sebut sebagai pelaburan yang dipegang untuk jualan dan deposit dengan Aabar semua tdiak ada. Ianya pembohongan. Sebab itu firma akauntan Delloite tidak mahu bertanggung jawab keatas akaun 1MDB.

7 comments:

Cahaya Al Majid 4 April 2017 at 20:51  

Salam Bro. Padat tepat dan tiada yang layak disanggah. Terbaik

Anonymous,  4 April 2017 at 22:15  

mmang jelas,mudah faham,fakta yg.tk brbelit2,T.kaseh bro di atas prkongsian maklumat

Anonymous,  5 April 2017 at 00:51  

Dato'

Negara gila apa dah jadi Malaysia ni? Perkara-perkara yang mengamit seribu satu soalan langsung tak dibenarkan speaker jamban dibahas di Parlimen. Speaker dah dapat upah jamban baru la tu agak nya. Tapi speaker ni lupa ke buta ke tuli ke pekak ke ? Sebahagian besar rakyat Malaysia menuntut KEBENARAN dalam banyak perkara yang menimbulkan musykil dan syak wasangka. Seorang warga tua yang masih boleh diterima akal segala fikiran dan ucapan nya tetapi telah katakan nyanyuk walaupun telah lebih 70 tahun berusaha memerdeka kan negeri nya, berusaha dan telah berjaya memajukan negeri nya dan memajukan bangsa nya, juga menuntut hak nya mendapat jawapan yang BENAR & IKHLAS daripada perintah dan parti pemerintah. Sampai hari ini tak ada apa yang terjawab kepada rakyat yang bertanya. Jadi rakyat kebanyakan pun dah mula dan semakin fed up dengan teka teki yang dicipta pahlawan pekan ni. Pak Pandir nak tolong jawab. Nujum Pak Belalang nak tolong jawab. Tapi apa jawapan diberi akan menambah lagi soalan. Ini sudah kes putar alam, beb. perdana menteri Malaysia.
Cakap berdegar-degar, tapi banyak tak jadi. Banyak jadi abu. Rugi lagi banyak. Sekarang dah macam orang gila talak dengan pas.

Malaysia ni dah terlampau lama dihidangkan politik bangkai ni. This must stop. Anak anak kita kenal ini lah Malaysia yang dah dekat puluh tahun politik bangkai ni jadi bualan kedai kopi. Berhenti la. Maju kan negara ni. Selesaikan masalah rakyat.

Kita nak cuba pemerintahan Malaysia oleh parti lawan. Ini kali lah. Memang boleh. Malaysia Boleh.

1mdb ni apa guna ?
Melabur duit pinjam. Syarikat Kementerian Kewangan buat kerja ni. Menjadi penasihat jho low. Jual bond pergi ambik sendiri hasil jualan bond, masuk ke akaun syarikat jho low. jho low kasi qubaisyi,

Menteri Kewangan Malaysia, yang syarikat milik MOF diberita kan menjadi punca kepada skandal kewangan terbesar dalam sejarah, tak nak cuba bersemuka dengan kebenaran. Yang kita nak dengar; cerita kan kepada umum atau boleh juga di dalam parlimen satu persatu hal 1mdb ni daripada TIA samapi hari ni. Macam mana boleh berselirat dengan hutang piutang ni yang tak ada rupa boleh bayar seumur hidup kalau kerajaan barisan nasional masih memerintah. Telokop Malaysia ni.
Jawab. Kena jawab. Apa pasal mengelak nak jawab ? Apa pasal tipu bila kata dah jawab ? Kalau dah jawab, kita ni bukan bodoh sangat nak tanya lagi mintak MOF jawab. MOF dah akal-akal kan kita. Kita semua dah cukup kena akal.

Ramai orang Melayu pun dah bosan dwngan dolak dalik najib razak ni. Dan ramai orang Melayu juga dah bosan dengan umno yang gagal memilih presiden yang jujur dan amanah. Dan umno masih lagi tidak mangambil tindakan memecat menteri kewangan yang meluluskan pelaburan 1mdb yang akhir nya menjadi beban masalah hutang kepada negara. INI NAMANYA MEMBELA ORANG MELAYU KE ? umno masih bermimpi.

Tak kesipuan betul umno ni

Donplaypuks® 5 April 2017 at 01:02  

Yang akan rugi terbesar ialah orang Melayu kerana Najib terpaksaa naikkan cukai dan GST untuk cover-up pinjaman 1MDB berjumlah RM95 billion!!!

Anonymous,  5 April 2017 at 21:21  

Mungkin ujian allah turunkan kepada orang melayu yg tak pernah di uji. Tok2 lebai yg sembahyang tak pernah tinggal merasa dgn amal yg mereka lakukan sudah cukup menjamin akan masuk syargu. Mufti2 yg menjawat jawatan bergaji puluhan ribu merasa mereka tak perlu la kacau. Walupun tahu ia merupakan satu salah laku tapi apakan daya nafsu bergaji besar gagal menghalang mereka dari menegakkan kebenaran. Maka akhirnya ujian allah terlaksana untuk menghukum bangsa melayu. Satu bangsa yg tidak ada kekuatan nahi mungkar. Mereka hanya mampu tengok tapi mulut terkatup bagai pekong busuk di dalam perot. Lalu di humban bangsa ni kedalam neraka jahanam. Puiiiiii

Anonymous,  7 April 2017 at 14:45  

When the new government come in, no stone will be left unturn. All perpetrators and accomplices will be try and justice will be done. Congrats

Anonymous,  7 April 2017 at 15:47  

Bukan lagi 'ada kebenaranya' tetapi telah sah benar berdasarkan penyiasatan oleh Amerika, Switzerland dan Singapore. Najib tidak memberi jawapan kepada semua tuduhan terhadapnya, hanya mampu memberi maklumat dan jawapan yang tidak betul.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP