Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 20 March 2017

Isu Melayu- Pandangan dari Ketuanan Melayu.




Nama sebetul Za'aba ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia di lahirkan di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Orang Negeri Sembilan selalu bernyanyi- 
Batu Kikei, Jembatan Bosi..
Gulai Udang sebelango,
Cubo omak fikir dalam hati, 
ese ni bujang sudah lamo aih...

Dia  ialah salah seorang pemikir Melayu yang terulung dari abad 20.  Banyak buku ditulis mengenai nya.Abdullah Hussain, sasterawan negara ada menulis sebuah buku mengenai nya. Tajuk buku itu ialah Pendeta Za’aba dalam Kenangan. Setiap orang Melayu patut membaca nya.
Za’aba orang Melayu yang berani berterus terang menyatakan masaalah orang Melayu, sebab2nya mereka gagal dan cara mengatasi masaalah nya. Dia menyatakan dengan berani dan tersangat tajam. Dengan melakukan demikian, dia tidak sedikitpun mengurangkan keMelayuan nya atau menjual diri nya kepada golongan kafirun.Dia tidak terasa terhina kalau bangsa lain merendahkan orang Melayu sebab yang merendahkan orang Melayu ialah perbuatan mereka sendiri atau tidak memperlaku seperti yang dikehendaki.
Masaalah orang kita dan saya nyatakan nya sekali lagi, ialah menakrifkan Melayu itu ertinya Melayu UMNO. Sebarang penyuaraan, tingkah laku dan sikap yang berlawanan dianggap bukan Melayu dan keluar Melayu nya. Sesungguhnya ini sikap yang tidak rasional.
Apakah nama untuk kita guna menggelar sikap dan minda singkir menyingkir seperti ini? Ia disebut sebagai ketuanan Melayu atau Malay supremacy. Lebih tepat kita gelarkan mereka yang berfikiran seperti ini, golongan KKK Melayu. KKK ialah golongan pelampau kulit putih di Amerika yang membenci kulit hitam dan semua yang bukan berkulit putih.
Golongan KKK Melayu ini tidak boleh menerima bahawa jalan untuk memartabatkan Melayu itu tidak semestinya ikut jalan UMNO.
Professor Ungku Aziz juga menulis sebuah buku mengenai pemikiran Za’aba. Nama buku itu ialah Jejak2 diPantai Zaman. Saya ada sebuah naskah buku ini sejak 1977. Ianya sebuah buku saya kembali membaca nya apabila mahu menulis mengenai bangsa Melayu. Saya membeli nya di Pekan Buku, Universiti Malaya.
Setahu saya, Za’aba adalah penulis Melayu yang pertama mengupas secara gigih mengenai ekonomi Melayu dan kemiskinan orang Melayu. Dia mula menulis mengenai 2 isiu ini dalam tahun 1923. Artikel nya The poverty of the Malays and the Salvation of the Malays ditulis dalam bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris Za’aba adalah tinggi.Ketika itu dia berumur sekitar 29 tahun.
Sebelum tulisan Za’aba, kita membaca banyak buku2 hikayat mengenai raja2 Melayu dan keturunan raja Melayu,. Terdapat kitab2 agama dan juga buku2 mengenai makam raja2 Melayu. Tatapi mengenai isiu yang bertapak dibumi nyata seperti ekonomi orang Melayu dan kemiskinan orang Melayu tidak ada.
Mengapa bangsa Melayu masih seperti yang disebut oleh Za’aba? Dengan masih seperti yang disebut, makud saya ialah bangsa Melayu masih miskin. Kepada Za’aba, Melayu itu miskin pada 2 bahagian; bahagian materal dan bahagian roh atau spiritual. Bab miskin dari segi roh ini lah yang menghancur leburkan segala hati yang berdenyut.Ianya juga lah yang menjadi penghalang terbesar mengeluarkan orang Melayu dari pasongan politik UMNO.
Walaupun dari segi miskin material sudah banyak dicapai, tapi secara bandingan mereka masih ketinggalan. Dari segi pendapatan bulanan, orang Melayu mencapai 72% pendapatan purata orang Cina, 88% pendapatan purata orang Indiia dan 90% purata nasional. Ini angka mutakhir dalam EPU.
Maka tidak dapat tidak, dari segi pendapatan purata bulanan, orang Melayu secara bandingan, adalah yang paling kurang. Mereka masih ketinggalan dalam pelbagai lapangan kehidupan. 
Anak Melayu merupakan golongan penganggur yang terbesar. Anak peneroka felda yang berjaya ke kolej dan university hanya 1.5% sahaja. Orang Melayu penerima bantuan kebajikan yang terbesar. Dari 7 juta penerima BR1M, 90% ialah Melayu. Penghuni rumah murah dan sederahana dan yang masih memerlukan perumahan asas ialah majority nya Melayu. Dari segi penguasaaan ekonomi secara keseluruhan, orang Melayu menguasai 20% dari ekonomi Negara.
Ertinya, walaupun keadaan Melayu sudah banyak diperbaiki,kadar pembaikan mereka kurang dari kadar kejayaan ekonomi bangsa lain.
Jika pembaca meneliti, orang Melayu mencapai kejayaan terbaik ketika pemerintah mengendurkan pengawalan keatas mereka. Yakni, apabila mereka menikmati lebih demokrasi.Orang Melayu mencapai kejayaan besar apabila mereka beralih dari pemerintahan despotic raja2 Melayu nya  yang dahulu kepada berteduh dibawah demokrasi. 
Pembaharuan yang dibawa oleh demokasi- kemerdekaan peribadi, hak2 sebagai warga negara, pemuliaan pemerintahan ikut undang2, pendaulatan undang2, pendemokrasian pendidikan, perolehan kesihatan- semua di perkenalkan oleh British zaman dahulu. Sejak dari zaman itu, keadaan Melayu menjadi lebih baik. Kepada Za’ba kedatangan British membawa cahaya kepada terowong Melayu yang selama ini gelap gulita.Selama ini mereka berkurun lama nya ditindas dan ditekan oleh pemerintah yang terdiri dari bangsa mereka sendiri.
Apa pengajaran kepada kita? Pengajaran nya ialah kejayaan Melayu berkait rapat dengan bertambahnya demokrasi, bukan ketat lagi kawalan pemerintah.
Secara purata, orang Melayu meningkatkan pendapatan mereka tapi tidak sebanyak yang diperolehi oleh bangsa lain. Itu pun sepatutnya membuka mata kita.Yakni mengapa berlaku perbezaan?
Orang Cina dan India berjaya lebih dari orang Melayu kerana ketergantungan mereka kepada kerajaan kurang dari ketergantungan orang Melayu. Orang Melayu lebih berjaya jika mereka mengurangkan keterikatan kepada pemerintah. Pengurangan ketergantungan itu baik, pertambahan ketergantungan itu tidak baik.
Secara purata, orang Melayu membaiki pendapatan mereka tapi tidaklah sebaik yang terjadi atas Cina dan India. Pekali Gini( sebut jinni) yang mengukur kesenjangan pendapatan telah bertambah baik dengan cermerlang untuk rang Melayu. Tapi saya kena segera mengingatkan pembaca, pembaikan kepada pekali gini ini tidak semestinya hasil prodktiviti orang Melayu. Bahkan, pertambahan pendapatan isi rumah Melayu mungkin disebabkan pindahan pendapatan dan bantuan2 kebajikan.
Pertambahan pendapatan berlaku dibawah iklim ekonomi pasaran bebas dengan sekatan dari kerajaan yang tidak terlalu berat. Sebaik sahaja kerajaan mencampuri kegiatan ekonomi dan berfungsi sebagai ejen ekonomik dan beroperasi atas nama bangsa , maka pencapaian kejayaan2 ini jadi perlahan.
Reality nya, secara umum dan secara bandingan, orang Melayu masih berpendapatan rendah. Angka purata menyembunyikan perkara yang sebenar. Dalam tahun 2012, pendapatan bulanan kumpulan terbawah 40% ialah RM1686 manakala pendapatan golongan teratas 20% ialah hampir RM12,000 sebulan. Pendapatan orang miskin Melayu lebih teruk dari simiskin cina dan India. Ini mencetuskan rasa amarah, dan perasaan cemburu dan dengki.
Kerejaan UMNO menerangkan kepincangan ini dari sudut mereka dan gagal menerangkan mengapa jadi demikian secara rasional dan berintegriti.
Sehingga hari ini, mengikut lapuran EPU, insidens kemiskinan amat tinggi dikalangan orang Melayu. Ianya pada tahap 0.8. Sebahagian besar musabbab nya ialah kerana dasar2 berat sebelah yang dijalankan oleh kerajaan. Ia mengutamakan pemakmuran golongan terpilih dan yang berpengaruh dan bersuara. Bahagian majoriti pula menerima secara pasif pengaturan masyarakat seperti ini. 
Mereka terus menyokong kerajaan yang lebih mementiingkan golongan berpengaruh dan bersuara lebih dari orang biasa dan tidak bersuara. Sedangkan kejayaan dan pembaikan yang mereka nikmati hari ini ialah hasil biasa yang terduga dilakukan oleh mana2 kerajaan. Kebenaran nya, ialah sebuah keajaan yang baik melakukan yang lebih baik keatas rakyat biasa.
Za’aba mempunyai jawapan bagaimana melakukan yang lebih baik. Orang Melayu mesti bangkit , berdiri atas kaki sendiri dan mengurangkan ketergantungan kepada pemerintah. 
Penterjemahan jawapan yang diberi Za’aba boleh membantu kita dalam usaha ini. Sebahagian besar sebab menjadikan Melayu itu ketinggalan ada dalam diri mereka sendiri. Kita tidak mahu menerima fakta bahawa ejen perubahan yang paling penting ialah diri kita sendiri. Tanggung jawab membangun diri kita ada dalam tangan kita sendiri. Jangan kita percaya dan harap pihak lain akan melakukan yang terbaik untuk kita, termasuklah pemerintah. 
Mereka yang berkuasa akan mengambil kesempatan diatas ketergantungan kita kepada mereka. Kita beri mereka amanah, mereka akan khianat; kita beri kuasa, mereka akan guna untuk menekan dan membuasi kita; kita beri kebebasan eksekutif, mereka akan guna untuk mengayakan diri mereka. 
Kerana prinsip yang sering disebut oleh Za’aba ialah manusia itu memperolehi apa yang ia usahakan sendiri. Ia terkandung dalam Al Quran 53: 39-40.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Dan bahawa manusia itu tidak mendapat selain dari apa yang ia telah usahakan nya. ( Quran 53:39)
وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَىٰ

Dan apa yang diusahakanya akan kelihatan( Quran 53:40)

Marilah kita bangsa Melayu sedar dan bangkit.  Seperti kata Za'aba:-

I tell you not in mournful numbers

the way in which to improve the Malays

I want that each Malay remembers

modest, contented shouldnt be always.  

Jangan lagi kita tertunduk tunduk seperti tambi kepada boss yang mengambil kesempatan keatas kita. 


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP