Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 9 January 2016

Kerajaan yang kehilangan rahmat.



Orang UMNO tidak nampak atau enggan memperakui hipkorasi kerajaan Najib. Dunia dan semua rakyat Malaysia sebaliknya tahu. Tidak syak lagi kemarahan rakyat akan diterjemahkan kepada pengenyahan kerajaan Najib.
Setiap MP memikul tanggung jawab yang lebih tinggi kepada Raja dan Negara daripada kesetiaan membuta kepada Najib dan kerajaan nya. Mereka mesti berada disisi rakyat menyelesaikan masaalah terbesar negara hari ini iaitu bagaimana untuk menukar pemimpin negara menggunakan cara2 yang sah.
Keresahan rakyat diketepikan dan ditutupi dengan berkeras menyatakan rakyat sayangkan PM. Sikap ini menunjukkan PM Najib dan kerajaan nya hidup dalam ilusi dan delusional atau hilang pedoman.
Kita mendapati badut2 berkeliaran; ada pemimpin politik yang cadang lakukan pelbagai kerja; ada yang kata bawa bekal atau masak dipejabat, ada kata bangun pagi untuk elak kesesakan jalan, ada kata jangan makan ayam jika ayam mahal. Ada kata kangkung murah walaupun harga getah sekilo RM1.80-1.90 tidak boleh beli kangkung RM2.80 sekilo.Paling akhir ada yang kata, permukaan bumi dan sungai2 disekitar kuantan merah disebabkan sirih. 
Pemimpin2 UMNO agaknya masih sangka orang Melayu yang mereka lindungi itu, jenis nya sama dengan Melayu zaman Perikatan memerintah. Demikianlah pemimpin Melayu sendiri yang memperbodohkan bangsa nya sendiri. 
Negara kita hari ini, upside down dan tunggang terbalik. Ekonomi kita teruk tapi ada menteri yang kurang cerdik kata Najib focus kepada pembangunan dan kemajuan ngera. Mana nya pembangunan negara sedangkan mentadbir negara hari ini, menunjukkan betapa lekeh dan incompetent nya pemimpin2 UMNO.
Semua orang tahu sekarang, EDRA energy dijual kepada syarikat negara China. Sekarang, Bandar Malaysia Sdn Bhd pemilik 486 ekar tanah tentera udara Malaysia dijual kepada syarikat negara cina lagi.
Bulan September 2015, bukan main lagi sebut pasal Melayu di tempeleng teralu banyak kali oleh cina maka sebab itulah mereka merusuh. Itu kenyataan PM Malaysia apabila geromboloan tajaan nya merusuh di Petaling Street. 
Rupa2 yang menempeleng bangsa Melayu ialah kerajaan Najib yang sudah hilang rahmat untuk memerintah.Dan kerajaan Najib itu tunjang nya UMNO sebuah parti Melayu yang memerintah negara ini selama 58 tahun.
Sebelum budak2 UMNO terjerit terlolong, alangkah baik nya, jika orang2 seperti Ghani Patail yang rupa2 nya sihat dan segar bugar dan  Gabenor Zeti Akhtar Aziz mengadakan sidang akbar terbuka dihadhiri oleh pemeberita dalam dan luar negara, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita hendak lihat bagaimana respons budak2 UMNO jika pekara itu berlaku.
Selama ini, dakwaan rakyat disambut dengan dakwaan balas yang jijik dan kotor; bila gabenor bank seolah olah menentang PM, maka keluar berita mengenai ‘perniagaan’ gabenor bank dan keluarga nya; bila Peguam Negara seakan akan mahu mendakwa PM, AG diberhentikan serta merta dengan alasan AG tidak sihat dan tidak mampu melakukan kerja2 membebankan minda.
Tindakbalas Najib dan kerajaan nya menunjukkan reaksi orang yang bersalah dan pihak2 kerajaan tertentu yang bersubahat dengan PM.
Sekarang dengan penjualan Bandar Malaysia( dahulu nya tanah kerajaan yang dijual murah kepada 1MDB), berapa banyak hutang dan tanggungan 1MDB dikurangkan? Jika hutang 1MDB ialah RM49 bilion, penjualan asset rakyat hanya menyelesaikan masaalah kewangan.
Bagaimana menyelesaikan salahlaku seperti pecah amanah, pencurian wang dengan memindah kedalam akaun2 palsu? Bagaimana menyelesaikan kenyatan Aabar/IPIC bahawa mereka  tidak menerima bayaran yang dihantar oleh 1MDB? Mesti ada pihak yang meluluskan bayaran dan mesti ada pihak yang memperakui menerima. Siapa mereka? Mustahil 1MDB bayar kepada pihak penerima dan tidak menerima kembali pengesahan dan perakuan sudah terima? Kemana wang berbilion itu pergi?
Dan pengembalian dan pergantian wang yang sudah disonglapkan itu tidak akan membersihkan dan memadamkan salah laku. Pecah amanah tetap kekal pecah amanah walaupun wang diganti, pencurian wang kekal sebagai jenayah mencuri walaupun wang dikembalikan.
Adakah pencuri susu anak yang dihukum penjara dimaafkan jika dia menganti susu anak yang dicuri? Jenayah mencuri tetap kekal sebagai jenayah dan pencuri itu, tidak kira dalamnya simpati masyarakat terhadap nya, tetap dihantar ke jel.
Hasil penjualan asset2 rakyat sebanyak RM25 billion hanya mengurangi hutang 1MDB yang RM49billion itu sebanyak RM25 bilion(RM17.5b jualan IPP dan RM7.5b jualan tanah Sungai Besi). Bagaimana baki RM24 bilion lagi dan bagaimana pula dengan kehilangan tukaran kadar asing bila Ringgit jatuh berbanding dengan Dollar Amerika? 
Angaran kehilangan ini ialah RM10 bilion menjadikan baki hutang 1MDB sebanyak RM34 billion. Dan jika Bandar Malaysia dijual 100% seperti yang disebutkan oleh 1MDB, masih ada bebanan hutang yang belum berbayar.
Apa lagi yang mahu dijal oleh kerajaan Najib? Habislah harta benda rakyat.
Jual every damn thing nampak nya dimuliakan sebagai  "rationalisation plan" yang dicanang sana sini oleh kerajaan Najib dan CEO 1MDB . plan rasionalisasi ini sebetulnya suatu  con job. Ianya plan yang tidak rasional dan plan yang fraudulent.
Semua tindakan menjual harta benda rakyat ialah strategy kerajaan Najib untuk menutup penyelewengan raksasa yang berlaku, penyonglapan wang, pecah amanah, pendobian wang dan rompakan yang dilakukan.
Tidak ada peniaga yang rasional yang akan berbohong menyatakan ia memaksimakan untung apabila syarikat nya dengan modal berbayar RM1juta meminjam RM42 billion atau lebih  dan hanya dalam masa 2 tahun sahaja mula menjual asset yang diehsankan kepada nya.
Kerajaan Najib bila dihadapan UMNO rednecks akan membalun orang Cina. Tapi kepada orang cina juga dari China yang Najib lari untk mendapat bantuan.
Beranikah kerajaan Najib mendedahkan kepada umum nanti, butiran perjanjian dengan CRECM?  Kita boleh jangkakan nanti, bila syarikat JV ini membangunkan bandar Malaysia, kerajaan akan memberi pinjaman lembut, pengecualian GST dan duti impot keatas alatan dan jentera yang dibawa masuk dan mugkin juga status perintis kepada syarikat JV. 
Dan ianya tidak memerlukan minda seorang saintis roket untuk mengagak bahawa projek keretapi laju atau high speed rail akan dianugerahkan kepada suarikat JV ini.Rakan kongsi dari Malaysia nanti akan atau pun sudah memuji projek ini dan kata berilah peluang kepada Najib menyelesaikan masaalah ini.
Semua perompak! Bersatulah untuk membelasah negara ini.
Beratus tahun negara ini dijajah( 1511-1957) , sejarah berulang lagi. Kali ini penjajahan ekonomi oleh negara China. Edra Energy djual kepada syarikat China 100%, dan sekarang Bandar Malaysia kepada syarikat China juga. 1MDB masih ada tanah TRX, tanah Air Hitam. Kemungkinan besar akan diperlakukan serupa seperti edra dan bandar Malaysia.Ini langkah menggadai masa depan negara kita. Dan orang Melayu masih mahu mempertahankan kerajaan yang hipokrit.
Dan kita jangan lupa bahawa Aabar/IPIC masih bertegas bahawa mereka tidak menerima bayaran hutang yang 1MDB hantar. Adakah nanti, hutang2 ini dan jaminan mereka keatas pinjaman 1MDB akan diganti dengan ekwiti dalam syarikat 1MDB? Bila ini berlaku, maka jadilah Malaysia pemegang ekwiti minority dalam syarikat nya sendiri.
Inilah kualiti membangunkan kerajaan yang dijual kepada umum oleh pemimpin seperi Saleh Said keruak.
Kerajaan Najib tidak boleh hidup dengan orang cina tapi pada masa yang sama, tidak boleh hidup tanpa mereka. Mainan perkauman apa yang kerajaan Najib main?

5 comments:

Anonymous,  9 January 2016 at 08:17  

Jangan risau dan cemas wahai bani melayu lepas ini tanah kampung baru dalam wilayah pula akan menjadi mangsa hasil ketelusan najib mengurus negara yang mewah ini dan ahli UMNo kai penjilat akan bersorak riang kerana najib telah berjaya gadai tanah orang melayu kampung baru yang bakal dimajukan oleh pemaju yang ditawarkan dengan dana yang boleh melupuskan hutang 1MDB itu,kita tunggu dan lihat ,semua sumber keewangan negara telah hampir lenyap dikerjakan kroni najib dari wang rankyat seperti tabung haji,KWSP ,wang persara,zakat, bank2 swasta , semua aegensi GLC telah rebah jadi sama-samalha kita berdo'a agar apa yang berlaku itu akan ditunjukan Allah akan kebenarannya amin.

Anonymous,  9 January 2016 at 09:30  

PEMAINAN PEMINPIN PEMINPIN PENGKHIANAT RAKYAT INI YANG DITERAJUI OLEH NAJIB DIBELA OLEH PUAK PUAK PENGUASA YANG MENDAPAT HABUAN SETERUSNYE MEREKA INI MELINDUNGI PENGKHIANAT PENGKHIANAT INI.BADAN KERAJAN YANG DIAMANAHKAN UTUK MELINDUNGI PENGKHIANAT INI BUKAN NYE UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT INI.RAKYAT NEGARA INI TERUS DIPERSENDAKAN OLEH PENGKHIANAT INI.LUKA NYE AMAT PARAH SEHINGGA KINI.PENGINAYAAN INI TERUS MEREBAK HINGGA KE KAKITANGAN AWAM PUN MENJADI MANGSA.TERBARU BAHAGIAN AKCHUARI DIKEMENTERIAN KEWANGAN,SERAMAI 8 ORANG ANAK JATI MELAYU YANG DILAHIRKAN DALAM BIDANG INI TERUS DI PERGURAU SENDAKAN OLEH ANAK HINDU PARIA MASUK ISLAM YANG BERNAMA IRWAN SERIGALA.ANAK HINDU PARIA INI DENGAN SEWENANG WENANGNYE TELAH BERPAKAT DGN JPA DAN SPA MENGARAHKAN ANAK ANAK MELAYU YANG SERAMAI 8 ORANG INI DILETAKAN DIPERANGKAAN ATAS KONON NYE TRANSFORMASI NEGARA.MERKA INI TELAK DIKOTAK KATIKAN.KINI HAMPIR SETAHUN DAN 3 DARI PEGAWAI NYE TELAH MEMFAILKAN SAMAN TERHADAP PENGKHIANATAN INI.BAHAGIAN AKCUARI TAHU TUJUAN DAN MUSLIHAT ANAK HINDU PARIA LAKHANATULLAH INI.MEREKA INGIN KAN PEGAWAI PTD UNTUK MENGAMBILL ALIH DALAM BAHAGIAN INI AGAR MEREKA SENANG DAN MUDAH UNTUK BERURUSKAN DGN CIONSULTANT DALAM SALAH 1 SEBABNYE.DALAM PENGHAKIMAN BANYAK CERTA KARTUN TELAH BERLAKU.ASMABI SEORANG HAKIM CUMA HANTAR SURAT BERDAFTAR SAJA UNTUK MEMUTUSKAN KEPUTUSAN YANG MEMIHAK PADA PUAK PUAK INI.TETAPI APILA DIBAWA KEPADA MAKAMAH PERSEKUTUAN PIHAK AKCHUARI TELAH BERJAYA MENEPIKAN KEPUTUSAN MAKAMAH TINGGI INI.TETAPI YANG MENHAIRAN KAN HAKIM ASMABI INI TERUS NAIK PANGKAT DAN BERTUGAS DIMAKAMAH PERSEKUTUAN.ROSAK ROSAK ROSAK SISTEM KEADILAN NEGARA

Anonymous,  9 January 2016 at 10:34  

Rimas dgn kerenah najib ni....rasa macam nak terajang mangkok tu..

jamil 9 January 2016 at 13:37  

Jangan risau. Aset 52bilion melebihi hutang 42bilion. Itu lah yang dicanang dan di warwarkan pada rakyat bila TDM mengkritik. Tapi sekarang kenapa dah tak bebunyi lagi

Anonymous,  10 January 2016 at 12:11  

STRIP TO THE BONE OMPUTIH KATA

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP