Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 14 January 2016

DEB, DAP dan Bangsa Melayu


Faktor2 yang menentukan keputusan ekonomi atau economic outcomes ialah kuasa pasaran. Tapi kuasa pasaran atau freeplay of market forces tidak ujud dalam ruang kosong atau vacuum. Kuasa pasaran atau pasaran itu sendiri dipengaruhi dan dibentuk oleh dasar2 kerajaan.
selama 59 tahun, dasar pemerintahan negara ini dibentuk oleh kerajaan UMNO. Kerajaan UMNO ialah Melayu dan ia lah yang bertanggungjawab keatas kesejahteraan bangsa Melayu.
Ternyata fakta2 seperti ini tidak difahami oleh presiden PERKASA Ibrahim Ali. 
DEB misalnya ialah dasar kerajaan. Ia dimulakan selepas 1969 untuk mengkoreksi permainan bebas kuasa pasaran. Kuasa pasaran menyebabkan satu bangsa maju dalam ekonomi manakala bangsa lain, terutama bangsa Melayu tertinggal dibelakang.
Melayu mesti berniaga, melayu mesti ada tanah, melayu mesti diberi peluang mendapat pendidikan tinggi, kemahiran dan latihan. Orang Melayu mesti jangan ketinggalan. Objektif2 ini secara prinsip nya tidak ditentang oleh mana2 kumpulan pun.
Satu daripada kepercayaan betapa berkesan nya kuasa pasaran ialah akan terjadi kesan2 tetesan kebawah atau trickle down effects. Melayu yang dipilih jadi jutawan akan membantu melayu yang masih terbawah untuk maju. Jika ini terjadi tentulah kesenjangan pendapatan antara melayu kaya dengan melayu miskin akan mengecil.
Bagaimana rekod nya hari ini? Hari ini rekod menunjukkan kesenjangan pendapatan antara golongan Melayu makin meluas. Walaupun terdapat pembaikan, tapi statistik yang digunakan disangsikan.
Setelah dilaksanakan sejak tahun 1970,keadaan orang melayu berbanding dengan bangsa cina umpamanya tetap membesar. Ini membuktikan pendekatan DEB gagal.
Orang Melayu dan India tetap mundur berbanding dengan orang cina. Pendapatan cina secara kesuluruhan masih besar berbanding dengan pendapatan keseluruhan Melayu.
Dikalangan orang Meayu sendiri, manakala golongan 20% teratas mempunyai pendapatan hampir RM12,000 sebulan, pendapatan golongan 40% terbawah ialah Rm1600. Itu pun angka2 purata.
Sekali lagi ini membuktikan DEB gagal mengkoreksi kesenjangan pendapatan antara bangsa dan dikalangan bangsa.
Bagaimana pula dengan trickle down effects tadi? Adakah golongan Melayu terpilih membantu Melayu lain?
Daripada RM54 billion saham yang diberi kepada Melayu terpilih, hari ini hanya tinggal RM2 billion. Ertinya, pemilik saham yang bernilai RM52 billion telah menjual nya untuk mendapat kesenangan peribadi. 
Nyatalah yang di pilih jadi kaya, tidak memperdulikan Melayu yang dibawah.
Sekali lagi DEB gagal.
Perlaksanaan yang tidak cekap dan tidak betul inilah yang ditentang bukan sahaja oleh DAP tapi juga oleh semua golongan Melayu yang mempunyai kesedaran. Saya sendiri, kalau tidak dalam DAP pun akan menentang perkara ini.
Ibrahim Ali presiden PERKASA tidak dapat  tidur 50 jam kerana pengistiharan DAP.
DAP secara terbuka mengistiharkan bahawa mereka tidak anti Melayu, tidak anti Raja Melayu dan sekali kali tidak anti Islam. Mana mungkin DAP mahu menggugat Islam suatu perkara yang sensitif pada orang Melayu dan orang Melayu sanggup bermandi darah kerana nya?
Point nya, orang macam Ibrahim Ali kekal releven selagi mereka boleh mengecop DAP sebagai anti Melayu, anti Raja dan anti Islam. Jika dongeng ini pecah dan musnah, orang macam Ibrahim Ali tidak releven lagi.
Ada 1.4 juta penjawat awam- hampir semua nya Melayu. Jika penjawat awam ini mogok hanya sehari, seluruh negara akan tempang. Jika DAP menguasai kerajaan, mahukah mereka bersengketa dengan penjawat awam yang 95% nya Melayu?
Hampir semua polis dan tentera ialah Melayu. Bolehkah DAP menguasai kerajaan dengan menyakiti golongan ini?
Dan parti2 lain? PKR, Amanah, PAS  akan berdiam diri jika parti macam DAP mahu mengada ngada memperlekehkan bangsa Melayu? 
Benteng akhir orang melayu ialah Raja2 Melayu. Saya tidak fikir Raja Melayu mahu derhaka kepada rakyat jelata yang menobatkan mereka di singahsana2 mereka.
Menjelang 2035, jumlah orang Melayu dalam negara ini ialah 80-85% jumlah rakyat Malaysia. Demography sahaja menjamin kedepanan bangsa Melayu.
Adakah orang yang bercakap mengenai bangsa Melayu terancam ini, minum air ketom?
Apa yang sebenarnya dimahu dan dikehendaki oleh bangsa Melayu ialah sebuah kerajaan yang kuat dan adil yang dipimpin oleh pimpinan yang baik. Orang Melayu dan rakyat memerlukan ujudnya institusi2 yang menyokong dan mempertahankan demokrasi seperti institusi perudangan dan kehakiman.
Ujudnnya Melayu dan maju nya melayu tidak besyaratkan mesti kuat nya UMNO. Yang perlu diperkasakan ialah kerajaan yang adil. Kerajaan yang adil dan kuat bukan sahaja menjamin kebajikan bangsa Melayu dan seluruh bangsa Malaysia.


4 comments:

Adon Bilivit 14 January 2016 at 13:26  

harapan kami rakyat bawahan semoga masih ramai lg manusia2 spt ini yg masih kuat berpegang pd sesejahteraan dan keadilan sesama insan dan makhluk dunia malah tidak dapat dinafikan inilah tuntutan pedoman kita al-quran bg sesiapa yg mukmin. InsyaAllah.

Emer 15 January 2016 at 10:58  

Indeed Dato. Thanks

Anonymous,  16 January 2016 at 02:58  

Kalau hendak melayukan negara malaysia yang berbilang bangsa hendaklah dicarikan pemimpin melayu yang berwibawa, adil saksama, bijak dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.Bukanlah demokrasi jika mempertahankan suatu yang jelek.carcamabra pemerintahan adalah bukan suatu pilihan yang baik sebaliknya mempertahankan nilai-nilai baik , adil dalam pemerintahan untuk kekal diberi mandat adalah pilihan yang baik untuk negara kita

Tinta Hitam,  17 January 2016 at 08:49  

Melayu sendiri yg enggan berubah.Cukup suka dibodohkan oleh pemimpin2 yg korup..

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP