Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 27 January 2016

Bimbang dan Ragu Orang Melayu.



Bahagian ke-2. Kes Tabung Haji. Lawan Tuhan pun UMNO berani.


Beberapa orang telah menulis mengenai kes Tabung Haji(TH). Mereka lebih detail dari saya. Saya menulis mengikut tanggapan dan kefahaman saya sebagai menyumbang kepada kebimbangan orang Melayu. 
Ianya berpunca daripada kelewatan mengistiharkan bonus dan dividend. Pengurusan TH kata ianya akan dilakukan mingu depan- bulan Februari.Dari segi teknikal, kenyataan itu betul. Mereka ada masa lagi. 
Masa untuk apa? Masa untuk buat silap mata.  masa untuk minta bantuan dari kerajaan yang akan memberi wang untuk TH membayar bonus dan dividen keatas deposit. 
Jika darurat, TH tentu boleh meminta derma dari Raja Arab Saudi. Bayaran ini perlu untuk menguatkan kepercayaan kepada institusi penjaga Rukun Islam ke-5. Tentu Raja Arab Saudi tidak keberatan.  Kalau untuk mengekang ISIS Raja Arab derma, tentu untuk mengukuh iman, lagi Raja Arab suka. Kalau derma tidak habis dipakai, wang itu akan dikembalikan. 
Aneh nya, pengaliran wang keluar yang banyak, tidak dikesan oleh BNM.


Perkara ini menimbulkan polemik. Ada timbalan menteri kata, TH tidak dibawah pemantauan BNM. Ini kenyataan yang mengelirukan sebab TH ialah sebuah Institusi Kewangan Bukan Bank (IKBB) yang dibenarkan mengambil deposit. Semua institusi yang boleh menerima deposit – semua dipantau oleh BNM.

Pengurusan TH pula kata, bila BNM mengadili kedudukan kewangan TH, ia tidak ambil kira nilai wajar/fair value assets TH. Jawapan kita ialah: Bukanlah kerja BNM melakukan valuation atau penilaian keatas asset TH- ia hanya menggunakan data dan angka yang dikemukan oleh TH. TH lah yang sepatutnya melakukan fair value assessment bukan BNM.

Lagi pun semua orang tahu- manakala nilai atau value tanggungan dan liability adalah benar atau real- RM1 hutang tetap hutang RM1, nilai assets atas kertas belum tentu dapat direalisasikan. Jika nilai assets setelah dilakukan valuation lebih rendah bagimana? Itu akan menyebabkan nlai assets jauh lebih rendah dari tanggungan.

Nilai assets lebih rendah dari nilai liabilities lah yang menyebabkan BNM mengeluarkan surat kepada Jamil Khir dan Azeez Rahim serta disalinkan antaranya kepada Ismee Ismail, CEO Tabung Haji. Kesemua mereka ini tahu akan adanya surat peringatan dari BNM sebagai regulatory body. Tapi janganlah harap mendapat respons yang berakal dari peminat golf ustaz menteri yang jaga TH.

Penjelasan dari 2 orang yang mewakli TH bercanggah dan mengelirukan. Respons dari Azeez Rahim tentulah lagi hebat- respons tipikal oang politik mengatakan dia tidak sedar ada surat yang demikian di hantar kepada nya.

Kalau hero2 Melayu yang suka jerit dan pekik sana sini peka dan sensitif kepada menjaga hak dan kepentingan Melayu, mereka patut selidik LTH. Saya rasa orang melayu lebih cakna kepada apa yang berlaku kepada TH daripada hendak layan cerita karut pemimpin UMNO mengenai ancaman2 kepada bangsa Melayu. Apa yang pemimpin UMNO hendak lakukan keatas musibah yang melanda TH.?

Musibah nya ialah akhirnya, kerja2 mungkar yang dilakukan dibawah bumbung TH, terdedah. Kata orang Inggeris, the scum rises to the top.  Daripada fakta yang dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia, TH hanya mampu membayar 98 sen keatas setiap RM1 tanggungan TH.  
Apakah ertinya ini? Ertinya TH tidak cukup duit untuk cover tanggungan nya. Jika nilai assets atas buku tidak dapat melangsaikan tanggungan yang benar, ini menujukkan kedudukan kewangan TH tidak sihat. Kepada saya, TH mengalami kerugian jika pulangan keatas pelaburan dan asset nya tidak melebihi tanggungan.

Jalan penyelamat ialah dengan menjual asset TH. Ini mengikut lapuran sudah pun terjadi. Beberapa bulan yang lalu pengerusi TH menjalankan selling spree. Katanya, hasil berbillion Ringgit. Harap2 duit itu masuk dalam akaun TH dan tidak didermakan kepada seseorang. Nanti AG sekali lagi terpaksa menyatakan dia puas hati, itu derma, bukan ada2 penyelewengan yang berlaku. 


Pertama risab dari untung yang terkumpul tidak cukup. Asset fisikal dan surat2 siberhutang tidak cukup untuk bayar hutang dan tanggungan. Tambahan pula dalam keadaan terdesak, asset mesti dijual pada harga fire sale- yakni murah dari nilai sebenar.

Jika hutang dan tanggungan RM100 billion, tapi asset dan risab hanya RM80 billion bagaimana? Adakah kerajaan akan masuk campur dan bayar RM20 billion? 
Hari ini, kerajaan kita kurang duit. Bagaimana mahu bayar?

Bagaimana TH sampai kepada keadaan begini? Tentulah jawapan nya, pengurusan kewangan dan pilihan pelaburan yang tidak betul, perbelanjaan yang tidak terkawal dan mungkin salah laku yang menyebabkan tanggungan melebihi asset. Dalam bahagian 3, saya akan cerita mengenai pembelian FPSO( kapal menyimpan dan memindahkan minyak), pembelian ladang sawit di Kalimantan Utara dsb nya.
Kita mesti buang ingatan bahawa yang berkerja menjaga wang walaupun dalam institusi penjaga rukun Islam ke5, tidak boleh terjerumus kepada godaan untuk cepat kaya dan sangkaan mereka apa yang mereka lakukan tidak akan diketahui.

Tidak ada perkara yang lebih meng-emosionalkan orang Melayu daripada melihat institusi yang menjaga rukun Islam yang ke5 berada dalam bahaya.

Bagaimana? Jika TH punya asset dan risab untung terkumpul kurang, ia mungkin meyebabkan pendeposit menarik keluar deposit mereka. Kerana? kerana pendeposit tentu mengharapkan bonus dan dividen yang baik. jika 7% dalam tahun 2015, tahun ini mestilah sekitar itu juga. Jika tidak, tak steadylah TH. 
Bila tarik keluar, deposit kurang, menyebabkan TH tidak dapat melabur. Bila risab untung menurun dan asset pula berkurangan nilai nya, TH tidak dapat menampung operasi. Antara operasi nya yang diancam dan tergugat ialah kualiti perhidmatan kepada ribuan jemaah haji. Servis akan menurun, kemudahan tidak dapat dibeli dan disewa oleh Tabung haji.

Oh- tidak mengapa. Kerajaan boleh bantu. Kalau kerajaan boleh bantu, ertinya, kerajaan kena ambil duit pebayar cukai. Kenapa pula duit pembayar cukai menjadi mangsa disebabkan kecuaian dan mungkin salah laku dalam mengurus asset TH?



TH tak dapat membayar dividen untuk tahun berakhir 2015, jika mereka tidak cukup risab untung. Akta LTH mengcegah TH membayar dividend dan bonus jika nilai asset kurang dari tanggungan.

Isiu nya bukan kita tidak perlu risau sebab deposit pencarum digerenti oleh kerajaan. Deposit pencarum selamat sebab ada gerenti. Yang tidak digerenti kerajaan ialah dividen dan bonus. Itu tanggung jawab TH. Itu berpunca dari pengurusan kewangan dan pelaburan oleh TH. inilah yang menjadikan BNM bimbang. Kita bukan cakap mengenai deposit pencarum- kita bercakap mengenai risab untung terkumpul dari pelaburan yang dilakukan oleh TH. 
Namun, apa yang menyekat TH daripada menyentuh deposit penyimpan- ppinjam sebentar untuk bayar dividen dan bonus, dan bila untung akan bayar kembali? Itu akan bererti TH tidak amanah setelah tahu bahawa deposit pencarum tidak boleh disentuh.
Ianya isiu orang Melayu mengurus pelaburan institusi orang Melayu. 


Kerajaan boleh jawab seperti yang dilakukan oleh CEO TH, apa yang mahu ditakutkan- deposit dijamin oleh kerajaan. RM1 deposit tetap RM1.
kalau TH dengan deposit RM58 billion tidak dapat berniaga mendapat keutungan, bererti pengurusan orang melayu tidak bagus. Ini mencerminkan mutu rendah pengurusan Melayu. Ada RM58 billion pun tak boleh mendapat pulangan. 
Bahagian 3: pelaburan dan perbelanjaan TH. 

Read more...

Saturday 23 January 2016

Membendung Bimbang dan Ragu Melayu



Benarkah Melayu percayakan UMNO untuk jaga kepentingan mereka?
Apabila orang yang ada pengaruh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, ianya tidak boleh dibiarkan tanpa sangkalan. Seperti kenyataan yang menyatakan bahawa orang Melayu lebih yakin kepada UMNO untuk menjaga kepentingan dan hak mereka. Kenyataan ini ada sedikit kebenaran tapi lebih banyak yang tidak betul. 
Realitinya, UMNO bukan memonopoli peranan sebagai jurucakap bangsa Melayu. Dalam PRU13, orang Melayu menerima peranan yang serupa boleh dimainkan oleh parti pembangkang.
Kita sedia maklum, dari segi demografi orang Melayu mendahului bangsa lain. apatah lagi menjelang 2035, populasi orang Melayu mencecah 85% dari penduduk negara ini. Perkara2 yang merisaukan orang Melayu dilindungi dengan safeguards yang sedia ujud. Pimpinan negara ini dari PM sampai kepada JKKK, j/kuasa surau dan masjid, hampir 100% dikuasai Melayu. 
Ertinya, semua struktur2 memimpin masyarakat dikuasai oleh Melayu. Dari 1.4 juta penjawat awam, 95% adalah Melayu. Kuasa yang boleh membawa kebaikan, boleh juga digunakan untuk membawa musibah.
Tapi masaalah segera dan immediate orang Melayu bagaimana? Ini zaman sengsara. Jika orang Cina pun susah, maka orang Melayu terlebihlah lagi. Semua orang tahu kos kehidupan menekan orang Melayu. Harga getah RM1.80-1.90 sekilo lebih murah dari harga kangkung RM2.80 sekilo. Harga komoditi yang diusahakan Melayu jatuh menyebabkan sengsara keatas mereka. Yuran sekolah dan peralatan sekolah kena bayar. Biasiswa dan bantuan kewangan lain dikurangkan dengan mendadak. 
Ini semua akibat dari pengurusan kerajaan Melayu UMNO yang tidak cekap. Perkara2 ini terjadi bukan secara semula jadi. ianya hasil pengurusan yang bermutu rendah. Ianya hanya boleh diatasi oleh pengkerajaan yang lebih berkualiti. 
Jadi daripada mengrahkan minda kita kepada isiu yang lapuk, elok kita tumpukan kepada masaalah yang terdekat dan immediate dan benar2 berlaku keatas kehidupan kita.
Saya dan jutaan Melayu mahu tahu bagaimana selesai dan atasi masaalah Melayu dengan Tabung Haji, dengan Felda, dengan Felcra, MARA, BERNAS, LKIM, FAMA, TEKUN, dan puluhan ejensi penjaga masa depan Melayu. 
Kita hendak tahu bagaimana atasi isiu tanah risab Melayu; bagaimana tingkat harga getah, turunkan harga kangkung. 
Melayu mahu tahu bagaimana menyekat kerja2 disamun oleh warga asing. Orang Melayu yang muliakan nilai2 murni mahu tahu apa UMNO mahu buat untuk atasi pemimpin yang rasuah, yang samun duit  rakyat, yang memperlakukan duit rakyat bagaikan duit peribadi? 
Orang Melayu sudah meluat dan jemu dengan cerita seram dan fantasi dari pimpinan UMNO. 40 tahun dahulu, cerita seram hak Melayu dirampas oleh bangsa lain bolehlah juga orang terima; tapi hari ini, ternyata yang menganiayai orang Melayu ialah kerajaan yang terdiri oleh orang Melayu. 
Ini seperti penulisan Zaaba dalam tahun 1920an- yang picit, peras dan perah bangsa Melayu ialah kerajaan yang terdiri oleh bangsa nya sendiri.
Ramaikah lagi yang melanggani penceritaan pemimpin UMNO?


Mengenai isiu Melayu, izinkan saya menurunkan data dibawah.

ANGGARAN MELAYU YANG MENGUNDI PARTI2 DALAM PRU13.
PARTI
JUMLAH UNDIAN(actual)
% UNDI MELAYU
(anggaran)
JUMLAH
UMNO
3.24 JUTA
85%
2.75
PKR
2.25
70%
1.58
PAS
1.63
95%
1.55
DAP
1.74
10%
0.17
KOMPONEN BN
2.0
30%
0.60
Lain2
0.14
-


11.0

6.66
Sumber: SPR .

Jumlah Melayu yang keluar mengundi di PRU13.
Dari jadual diatas, anggaran jumlah orang Melayu yang keluar mengundi ialah 6.7 juta orang. Katalah ada margin of error 5%, menjadikan jumlah Melayu yang sebenarnya keluar mengundi dalam PRU13 ialah 7 juta.7 dari 11juta ialah 64%, suatu anggaran yang munasabah.


Sokongan Melayu kepada UMNO merosot dari sebelumnya.
UMNO dengan parti2 komponen nya hanya memperolehi 3.35 juta atau 48% sahaja undi Melayu. Ertinya paling kuat, UMNO mendapat antara 48-50% undi Melayu.

Ini suatu kemerosotan yang sangat ketara kerana sebelum PRU13, orang Melayu yang menyokong UMNO, umumnya, sekitar 70%. Ertinya sampai ke PRU13, sokongan Melayu kepada UMNO jatuh 20 percentage points.

Jadi bagaimana Syed Ali boleh kata orang Melayu yakin bahawa UMNO menjaga kepentingan mereka? 50% dari Melayu sudah berani memutuskan pertalian dengan UMNO. Golongan yang berani memutuskan tali uri mereka atau umbilical cord dengan UMNO sama ramai dengan yang mahu bergantung terus dengan UMNO. 
Kita jangan hanya pakai bantai. Kita mesti boleh bercakap dan mengemukakan perangkaan.


Orang Melayu berani berdikari dan mendiri.
Dakwaan bahawa orang Melayu yakin bahawa UMNO menjaga kepentingan mereka ialah dakwaan yang overrated. UMNO hanya berjaya meyakinkan paling kuat, 50% orang Melayu sahaja. Jadi bagaimana pemimpin UMNO seperti Syed Ali alhabsyi kata orang Melayu yakin kepada UMNO untuk melindungi hak2 orang Melayu?

Kerajaan bagus dan perintah ikut undang2.
Jalan yang lebih selamat bagi orang Melayu ialah meletakkan harapan kepada sebuah kerajaan yang adil dan saksama dan yang beroperasi atas prinsip perintah ikut undang2/rule of law. Dan kerajaan yang disokong oleh institusi yang melindungi semua orang termasuk Melayu. Institusi parlimen yang demokratik, institusi kehakiman. Dasar kerajaan pula dilaksanakan oleh institusi penjawat awam yang cekap, jujur, berdisiplin dan amanah. 


Bukan UMNO atau parti2 mana yang melindugi hak rayat. Yang melindungi ialah keajaan yang bagus dengan prinsip the rule of law.

sayang UMNO atau sayang Malaysia?
Sebab itu saya hendak ketawa bila Mukhriz Mahathir kata dia sayangkan UMNO. Ini jawapan tipikal pemimpin UMNO bila berdepan dengan malapetaka. Najib pun kata dia sayangkan UMNO. Ketua cawangan cabuk pun kata dia sayangkan umno. Parti yang keramat. Parti pilihan Tuhan.

Tapi ada pemimpin kata dia sayangkan Malaysia?


cara UMNO jaga kepentingan Melayu.
Dan bagaimana UMNO menjaga kepentingan Melayu? Dengan mengajak orang Melayu bersengketa dengan bangsa lain? Dengan melagakan agama Islam dengan agama lain? Dengan mem-bulldoze dasar tapi melaksanakan nya dengan lemah dan tidak cekap? Dengan menggunakan undang2 menekan rakyat? Dengan bersikap bersengketa dan militen?

Ini zaman susah. These are hard times. Orang Melayu sebetulnya mahu lihat bagaimana kerajaan UMNO menyelesaikan perkara2 yang dekat dengan orang Melayu.
Tabung Haji yang sehingga hari ini belum bayar dividend dan bonus, Felda yang sudah di FGVkan dan meletakkan sengsara kepada peneroka, Felcra yang menjadikan Melayu si berhutang, Risda yang menyusahkan pekebun kecil dengan hutang. LKIM yang menyusahkan nelayan Melayu. FAMA yang jadi orang tengah. BERNAS yang mengsensara penanam padi. 
Tanah risab Melayu yang dari 3juta hektar hari ini tinggal 360,000 hektar.MARA yang kekurangan dana membiayai pelajar Melayu. Dasar pendidikan yang menjadikan Melayu susah dapat kerja. 
Sepatutnya pemimpin UMNO beritahu kita bagaimana selesaikan isiu2 ini supaya ketakutan dan kebimbangan orang Melayu dibendung.Ini hendak cerita bagaimana Melayu bimbang hilang kuasa dan hak2 istimewa mereka kepada orang Cina. Pemimpin UMNO bila sesak dan hampir lemas menggadaikan asset negara kepada orang cina dari China. Orang Melayu mintak komisyen raksasa dari kontraktor China jika mahu diberikan projek di Malaysia.

Orang Melayu hendak tahu, bagaimana UMNO sepatutnya kurang bercakap dan bagi tahu kita, bagaimana mahu menyelesaikan masaalah Melayu ini.

Jangan cakap mengenai ancaman kepentingan Melayu, agama mereka, raja mereka. Ini semua sudah diseesaikan oleh perlembagaan kita. UMNO gunakan isu2 ini untuk menakutkan dan membodohkan orang Melayu.

Untuk jawab Syed ali Cheras- orang Melayu yakin bahawa yang melindungi Melayu ialah kerajaan yang bagus dan adil yang beroperasi atas prinsip perintah ikut undang2.
Selesaikan isiu Melayu yang 'real', jangan ulangi cerita basi. 


Bahagian ke-2. Kes Tabung Haji. Lawan Tuhan pun UMNO berani.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP