Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 24 July 2015

Menuju Repablik Pisang-1







Setelah peguam WSJ jawab.
Lihat rajah diatas. Apa carta diatas tunjuk? Kecuali kita buta, aliran wang semua masuk dalam akaun Najib. Ini isiu yang Najib kena jawab.
Dari sumber mana? Duit siapa? Duit sumber sah, duit haram, duit rasuah yang disalurkan? Untuk apa? Kenapa dalam akaun saudara? Saluran ikut tapisan seperti dalam rajah, memungkinkan ini aktiviti mendobi wang- money laundering.
Jadi Najib ingat dia PM dan Menteri Kewangan dan tuan kepada segala hamba sahaya Melayu- dia boleh buat apa sahaja.
Sehingga ada penafian yang meyakinkan, maka kita pegang Najib sebagai bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.
Kerja mungkar ini telah didedahkan oleh WSJ dan The Edge. Apalah bengap sangat peguam, tulis surat kepada WSJ tanya, apa maksud mereka?
Kenapa tidak hasilkan video dibintangi oleh Ramesh Rao dan Lester Melanyi untuk pertikai peribadi WSJ? Kenapa target hanya SR dan Claire Rewcastle Brown? Sebab Najib dan geng serta kunco2 nya ingat, membuli rakyat sendiri lebih mudah.
Mesej yang disampaikan oleh WSJ dan SR amat jelas. Maksud mereka tidak lain bahawa PM Malaysia kemungkinan terlibat dalam pengaliran wang haram, rasuah atau penyumbang utama kepada aktiviti jenayah kewangan. Sebab itu wang masuk dalam akaun nya.
Sebagai pemilik akaun tersebut, dialah yang bertanggung jawab menerangkan mana duit itu datang, untuk apa, mengapa masuk dalam akaun.
Sehigga sekarang PM tidak disiasat. Yang kena siasat oang lain. Perkara lain disiasat. Justo lah. Orang2 yang dinamakan oleh Lester Melanyi. Kecoh di lowyat. Kecoh di Berjaya Timesquare. 
Tokoh utama dalam kes ini yakni Najib Tun Razak tidak disiasat dan di caj.
Ertinya, kita jangan taruh keyakinan sangat dalam integrity pasukan penyiasat khas walaupun ianya dianggotai oleh 4 orang  Tan Sri.
Saya harap pihak penyiasat memperlihatkan mereka buat kerja2 remeh ini tapi mereka sebenarnya menyiasat perkara yang sebenar nya. Iaitu adakah Najib penyumbang utama dalam isiu ini. Adakah dia actor dan pengegrak utama dalam skendel kewangan 1MDB dan akaungate RM2.7 billion dan jika ya, adakah ini asas untuk mendesak Najib letak jawatan?
Ini sebetulnya isiu yang mesti kekal dalam kepala dan minda rakyat. Bukan isiu kekalkan Najib atau tidak. Jika tak bagus, buang. Mudah. Bukan negara kiamat pun. Bukan rakyat Malaysia mati bergelimpangan atas jalan jika Najib dikeluarkan.
Sekarang apabila peguam WSJ dah jawab apa dia 2 pilihan yang PM Najib akan ambil? Saman atau tulis mohon pencerahan lagi?
Saya menulis satu artikel mengatakan, apa pasal lawyer PM najib memohon keterangan lanjut daripada artikel WSJ. Sepatutnya saman malu sahaja lah. Sekarang peguam Dow Jones pemilik WSJ sudah jawab. Panjang lebar. Saya harap peguam PM Najib faham. Jawapan nya disini. Saya membaca surat jawapan peguam WSJ. Nampak nya mereka dalam combative mood.
Mengecutkan telor kata orang Pekan.
Sila fail saman itu dalam mahkamah Amerika atau Singapura. Kita hendak lhat kejantanan PM dan peguam nya. Dalam negara bolehlah buli orang kerdil. Orang miskin.
PM Najib ingat dia tunjuk hero suruh peguam nya menulis kepada WSJ dan Dow Jones. Najib bukan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew is a pugilist. Najib?
Sebenarnya bukan kepada WSJ dia kena jawab- dia kena jawab kepada kita rakyat Malaysia.
Kita tahu langkah tersebut hanya tektik buang masa. Mungkin Najib ingat jika ada ruang masa, pasukan penyiasat khas yang dianggotai 4 Tan sri dapat membersihkan nya. Penyiasatan tersebut memakan masa dan mungikn hasilan nya nanti tidak memihak kepada Najib.
Pesong perhatian rakyat.
Jadi apa patut buat? Tuduh ini angkara Cina?  Angkara DAP? Komplot Dr Mahathir? Buat video orang bercakap seperti orang mabuk? arahan seorang mabuk juga?  Dan pengakuan dan rakaman video inilah diangkat sebagai ‘bukti’ untuk mempertahankan diri. Satu pengakuan sesiapa boleh bikin arahan individu yang mencurigakan dijadikan ‘bukti’ mendedahkan kepalsuan lapuran Sarawak report, The Edge dan pencetusan isiu oleh tokoh politik pembangkang seperti Rafizi dan Tony Pua.
Saya rasa minda dan pemikiran rakyat Malaysia lebih sofistikated seperti yang disangkakan oleh orang seperti Rahman Dahalan, Shabery chik dan mereka yang meremehkan azam rakyat mahu memecat Najib.

15 comments:

nasir,  24 July 2015 at 10:40  

Just checking. If Najib'a account at AMbank was closed on 30/8/2013, where did transfers from Ihsan Perdana in 2014 and 2015 go?

Anonymous,  24 July 2015 at 10:47  

We have a very THICK SKIN PM together with most of his family members, friends and cronies involved in this shameful scandal. Tak tahu malu ke? Duit rakyat dibalun dan dirembat masih ada hati hendak menyambut hari jadi? Dah teruk seluruh keluarga ni. Act as if nothing happened. Mabuk kuasa tidak terkata dia dan isteri dia. Saya sekeluarga akan turun jika terdapat sebarang protes untuk menyahkan dia daripada menjadi PM Malaysia lagi.

Anonymous,  24 July 2015 at 11:29  

The main issues are the missing billions incurred by 1MDB and the US700 millions remitted to the personal accounts of Najib.

Any reasonable option is to unearth the root causes of such heinous crimes against the people of Malaysia.

However, there is an exercise done in earnest, to divert the said main issues to other side shows such as, the pranks of Justo, the amateur videos of the two bankrupts, the arrests of some small fries involved in some side-deal activities ete etc., as a result of which a new made-up "bigger issue" takes over the centre stage, in the form of a sham outcry of bringing down the government, akin to commission of treason by the people who seek truth.

The attention has now been shifted,and the culprits are shelved to the background. The blood-hounds are hunting for the messengers who blew the whistles on the criminals.

It is a black cloud overhanging the Malaysian sky where dark insidious forces rule.

What future and prospects are there for the people? Hard to see in the near term.

Anonymous,  24 July 2015 at 11:38  

Saya melayu bodoh dan kebulur....kah! kah! kah!

Anonymous,  24 July 2015 at 11:41  

A funny story from hungry malay...

Anonymous,  24 July 2015 at 14:52  

Malaysian ringgit is already banana money now, so banana republic wouldn't be a such huge leap away anyway.

nasir,  24 July 2015 at 15:10  

Just checking. If najib's account was closed 30/8/13, where did moneys transferred 2014 and 2015 go?

Anonymous,  24 July 2015 at 15:42  

Najib tak boleh jawab le datok. Bab2 duit ni zeti saja boleh jawab. Semua rekod transaction ada dalam tangan zeti. Masalahnya sekarang zeti dan tok2 ketua kita bekerja dan melapor kepada najib. Mustahil dan teramat2 mustahil najib akan didapati bersalah. Sebab tu mana2 negara pun akan suruh orang Yang disiasat supaya letak jawatan dulu. Inilah konsep negara berdaulat berasaskan keluhuran undang2. Yang dituduh mesti direhatkan. Dia tak boleh mendekati orang2 yang sedang menyiasat.

Kalau dah macam ni punya cara kerja ahli2 hukum di negara kita, agak2 apa yang bakal terjadi ni? Tentulah akan berlaku kerosakkan yang amat besar ke atas maruah negara, pelaburan, ekonomi negara, ketenteraman awam, taraf hidup dan kesan2 sampingan jangka panjang ke atas negara malaysia ini.

Yang paling kita takuti adalah tok2 ketua kita sama2 jadi geng najib memunggah semua harta negara ke luar negeri. Dah kita dengar khabar angin sepoi2 bertiup bahawa ringgit kita sedang terbang melayang2 lalu bertukar menjafi ketul2 emas. Betul2 magik ini sedang berlaku di depan hidung zeti. Geng2 najib yang memang super duper kaya sedang main magik sekarang ni. Jangan percaya, ini khabar angin sahaja.

Anonymous,  24 July 2015 at 17:47  

Dato,

Kalau peneroka FELDA yang menyaman FELDA dan tidak menyokong FGV dan telah terima BR1M dianggap malaon Najib sebagai "haram jadah", maka aku selaku rakyat Malaysia yang tidak pernah memberi undi kepada dia dan UMNO BN menganggap malaon Najib ni sebagai PM paling "haram jadah" dalam sejarah Malaysia andaikata benarlah duit rakyat di 1MDB dibuat olehnya macam duit kepala bapak dia punya. Malaon ni lebih 1000 kali haram jadah kalau dinilai jumlah duit yang masuk ke akaun peribadinya berbanding apa yang peneroka FELDA dapat dan telah diharam jadahkan olehnya. Mana tak nya "haram jadah" Dato kalau duit yang bukan milik peribadinya berbillion RM di masukkan ke akaun bank peribadi milik sendiri. Aturan dan undang undang apa yang dipakai dan diamalkan oleh malaon lulusan ekonomi ini???.

WSJ dan SR mau pun The Edge secara terang dan nyata telah membongkar aliran duit yang masuk ke akaun peribadi malaon Najib itu di AmBank dan ini tidak pernah pun disanggah atau dibantah oleh malaon Najib mau pun barisan peguam serta para pencacai beliau. Malah malaon Najib ini secara "indirect" seakan mengakui duit berkenaan memang masuk ke akaun beliau melalui akuan bahawa beliau tidak menggunakan duit tersebut untuk keperluan peribadi. Duit apa lagi kalau bukan yang dimaksudkan itu?. Akuan dan alasan ini seperti mengesahkan bahawa "duit yang tidak diguna untuk keperluan peribadi" itu sememangnnya ada masuk ke akaun beliau yang kini telah pun ditutup.

Maka malaon Najib aka PM paling tak guna ini WAJIB menjelaskan kepada rakyat dari mana datangnya duit berbillion itu ke dalam akaun beliau kalau memang ia bukan dari akaun yang asal usulnya bersumberkan duit 1MDB. Malaon Najib ini WAJIB memperincikan jumlah wang yang dikatakan berbillion RM itu serta menyatakan secara "details" ke mana duit berkenaan telah dibelanja dan dihabiskan kalau bukan untuk kegunaan peribadinya. Malaon Najib secara tidak langsung telah mengakui menerima duit berkenaan dan beliau perlu menjawab segera persoalan diatas atau rakyat akan semakin yakin bahawa beliau memang terlibat dan merupakan satu satunya PM Malaysia yang boleh dikatogerikan sebagai "haram jadah".

Continue...

Anonymous,  24 July 2015 at 17:47  

Keengganan malaon Najib ini untuk segera menyaman dan mengambil tindakan undang undang terhadap WSJ, SR dan The Egde dan terus mahu berdolak dalih walau pun isu dan tuduhan ini amat serius (kalau benarlah ini dianggap fitnah dan usaha menjatuhkan beliau secara tidak sah), mengesahkan lagi bahawa malaon Najib ini sebenarnya takut akibat kesalahannya kerana tindakan saman boleh menelanjangkan segala2nya di mahkamah nanti. Ini yang perlu kita selaku rakyat Malaysia fahami dan sedari. Malahan segala dakwaan dan pendedahan yang dibuat Tony Pua serta Rafizi berkait penglibatan malaon Najib dengan 1MDB juga tidak disusuli dengan tindakan saman dan undang undang, sebaliknya institusi daulah digunakan oleh malaon ini untuk menyekat kebebasan pergerakan 2 politikus oposisi ini selain sekatan kepada beberapa orang lagi pimpinan NGO yang ikut vokal dalam isu 1MDB.

Aku selaku rakyat Malaysia berfikiran rasional sama sekali tidak dapat terima badan siasatan yang terdiri dari 4 orang Tan Sri yang dipertanggungjawabkan menyiasat penyelewengan 1MDB selagi tersangka utama iaitu malaon Najib yang merupakan PM Malaysia serta "main player" dan "kaptan 1MDB" masih dibiarkan bebas ke sana ke mari tanpa direhatkan sementara. Hatta dalam udang undang bolasepak sekali pun, pengurus atau jurulatih yang mencampuri urusan permainan di padang permainan akan di usir keluar dan dikenakan penalti, kenapa malaon Najib yang merupakan "player maker" kepada 1MDB ini tidak langsung direhatkan ketika siasatan dijalankan?. Undang undang rimba mana yang kerajaan Malaysia sedang praktikkan sekarang ini???. Jangan salahkan aku serta rakyat jika mempunyai tanggapan bahawa Tan Sri Tan Sri berkenaan juga boleh bertukar menjadi belatuk dan kakak tua sekiranya disuap kacang dan kuaci dari tuan yang mengurung mereka kerana mereka tetap di dalam sangkar.

Apa yang dapat aku simpulkan sekarang ialah bila Malaysia menerima seorang malaon yang "haram jadah" sebagai seorang PM, maka rakyat Malaysia janganlah mengharapkan satu undang undang atau peraturan yang profesional dapat dilaksanakan di negara ini bagi melindungi rakyat dan mempertahankan hak mereka. Bila seorang PM pun jenis "haram jadah", bagaimana mungkin untuk kita mengharapkan pengikut dan penyokongnya yang terdiri dari MP dan YB YB dari UMNO BN untuk tidak menuruti jejaknya?. Bukankah Kepimpinan Melalui Teladan menjadi slogan di Malaysia sejak dulu, kini dan selamanya?. Teladan buruk lagi busuk yang dipertontonkan oleh orang nombor satu negara, maka yang lain lain akan mengikutinya. Sebenarnya inilah budaya yang diwarisi di dalam parti UMNO BN sejak era Tun Mahathir lagi dan apa yang ditentang dan dibenci oleh Tun Mahathir tentang 1MDB sekarang adalah warisan budaya yang ditinggalkan beliau sendiri di dalam UMNO BN, parti yang kini diakuinya sebagai busuk dari kepala sampai ke e

SolitaireHunter 24 July 2015 at 23:22  

Di Thailand 72 orang telah ditangkap dan didakwa termasuk panglima tentera dan pegawai kanan polis berhubung dengan isu pemerdagangan manusia dan penemuan kubur besar pendatang haram. Di Malaysia se ekor lipas pun belum didakwa! KPN sedang sibuk ke Thailand mencari bukti untuk mempertahankan 'bos' nya..

krenggge,  25 July 2015 at 02:49  

Saudara Najib, saya bimbangkan anda.
JIka 1MDB dan kes2x yang semakin berkait2 ini menjatuhkan ekonomi Malaysia, anda dalam bahaya.
Ingat saudara, jika rakyat hilang peluang kerja, ringgit jadik duit cap pisang, rakyat tak mampu hendak membeli makanan, saya bimbang, anda akan jadik sasaran.
Beringatlah, beringatlah...
Hendak lari ke mana? Anda tidak akan selamat jugak akhirnya.
Rakyat akan menghakimi anda dengan cara yang anda sukar percayai... hanya kerana kerana mereka mabuk marah.
Saya dengan ikhlas sudah mengingatkan anda.
Anda henda bersembunyi di belakang PDRM?
Berapa juta anggota mereka hendak melawan amukan berjuta-juta rakyat?
Anda sedarkah bahayanya?
Pikirlah sendiri sebelum terlambat!

Anonymous,  25 July 2015 at 04:53  


@ nasir, 24 July 2015 at 10:40

"Just checking. If Najib'a account at AMbank was closed on 30/8/2013, where did transfers from Ihsan Perdana in 2014 and 2015 go?"

The fella had 2 accounts bro:

"Regarding the freeze orders issued on July 6, 2015, against six bank accounts, no bank accounts at AmBank Islamic held by the prime minister on that date were frozen because the bank accounts had already been closed on August 30, 2013, and March 9, 2015, respectively.

"The special task force has obtained bank documents related to these accounts," said the statement issued by the Attorney-General's Chambers."

One account was active till March this year.

Anonymous,  25 July 2015 at 15:45  

Fuh! Kata2mu itu kami tak heran wahai anon 02.49. Kali ini turunlah ramai sikit. Berlori2 air kami dah sediakan. Kamulah orang pertama akan lari tak cukup tanah. Tengoklah nanti. Kamu adalah melayu yang paling penakut. Paling bodoh. Paling tak berguna.

Jangan berani main di kl je. Buat malu dengan pelancong. Pergi ramai2 demo kat luar kl. Kat mana2 pekan dan kota. Di sana tak ada pelancong. Tak memalukan negara. Polis2 kami akan tunggu kamu kat sana. Kena sembur air dan kamu pun lari masuk kelambu lalu wirid, ' hu hu, tobat tak mau demo lagi' keh keh keh. Aku nak gelak cukup2 sama kamu.

Pergi le demo kalau berani. Kali ni kamu angkut ramai sikit. Bawa kamu punya atuk, angah, anak dan cucu sekali. Kami tetap pertahankan pm. Dia dah banyak berjasa dengan kami. Dia pemurah lagi penyayang.

Kami tahu kamu akan demo sakan kali ni. Kami sudah sediakan 15 lori air. Kamu pasti disembur. Dengan pengharaman media2 dan sekatan2 pada pimpinan kamu maka kamu pembangkang adalah jelas sebagai PENGKHIANAT NEGARA, manakala PM NAJIB SUCI MULIA.

Zeti pun tak cakap apa2 tentang pm najib. Kamu saja memandai2. Phuiiii! Keluarlah kalau berani!!!

Anonymous,  26 July 2015 at 00:27  

Bila sebut nama hadi teringat perbuatan dan pecakapan yang tidak baik.Jangan pula suatu hari nanti nama hadi ini macam nama hassan malek dan mat maslan yang sinonim dengan kebodohan.Suatu hari nanti akan ada orang berkata

1. "janganlah awak hadikan orang" maksudnya seseorang kawan menegur kawannya supaya jangan mengumpat/fitnah/tipu/label orang lain.

2. Ponteng - Seorang guru bertanya kepada muridnya "kenapa awak hadi kelas kelmarin.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP