Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 17 April 2015

DAP Terdesak atau Melayu Mendesak Politik Baru?



Kelangsungan hayat parti politik atau longevity mereka bergantung kepada kebolehan membaca pola atau trend citarasa. Orang Melayu bersedia menerima politik yang lebih terbuka, yakin pada diri sendiri dan sedia assert pendirian mereka. DAP membaca trends ini dengan teliti dan menawarkan pilihan kepada orang Melayu. Sama ada ianya diterima oleh orang Melayu, orang Melayu lah yang menentukan nya. 
Agaknya, Ibrahim Ali, presiden PERKASA anggap pelajar Melayu dungu dan bodoh. Ini respons saya kepada lapuran keatas Dato Ibrahim Ali yang kata DAP terdesak untuk dapat undi Melayu.

Jawapan ringkas- ada masaalah ke kalau DAP inginkan undi Melayu? Jika DAP boleh beri keyakinan, dan orang Melayu meyakini perjuangan nya, tidak salah untuk sokong DAP. Bukannya DAP ajak Melayu tukar agama dan tukar bangsa. DAP menawarkan pilihan. Sama seperti Perkasa menawarkan pilihan untuk masyarakat.

Ianya tidak mengapa jika Ibrahim Ali dan Perkasa berjumpa dengan pelajar2 Malaysia diluar negara, tapi tak boleh jika DAP pergi berjumpa pelajar Melayu.

Ibrahim Ali dan pemimpin UMNO berbisnes dengan Cina tidak mengapa, tapi pelajar2 hendak ber-bonding dengan DAP tak boleh. Pemimpin UMNO suruh orang Melayu kelahi dengan orang Cina, tapi semua pemimpin Melayu tanpa pengecualian, berbisness dengan kapitalis Cina. UDA dengan Ecoworld untuk bangunkan tanah Pudu jel, 1MDB dengan Jho Low, PM Najib dengan ramai Cina, dan lain2 lagi. Setiap pemimpin UMNO ada bisnes partner cina mereka.

Kita semua kena waspada dengan lojik kelamkabut orang seperti Ibrahim Ali. Jika Perkasa boleh melakukan nya, kebebasan yang serupa mesti diberikan kepada orang lain termasuk DAP.

Ibrahim Ali marah kerana DAP pergi ke negara2 Timur Tengah untuk bertemu dengan pelajar2 Malaysia disana. DAP hendak rekrut pelajar2 Timur Tengah.

Saya rasa itu adalah langkah yang bijak. Biarlah pelajar2 ini mengenali pimpinan DAP dan melihat sendiri agenda DAP. Biar mereka tahu dan sedar bahawa DAP dan pempinan mereka bukan jembalang yang digambarkan oleh kem Melayu yang mempertahankan kepentingan golongan feudal. Golongan feudal Melayu ialah golongan yang mahu kaya tapi mengerah majority Melayu menghamba-abdikan diri mereka untuk mengayakan golongan elit.

DAP komited terhadap menubuhkan kerajaan yang demokratik melalui proses demokrasi. Dan komited terhadap menubuhkan kerajaan yang didirikan atas prinsip pemerintahan rule of law- dimana semua rakyat dilihat sama oleh undang2. Komited terhadap kerajaan yang menjalan keadilan social dan komited terhadap keadilan. Ini ideals yang boleh diterima oleh sesiapa yang boleh berfikir.

Dan pelajar2 ini akan sedar agenda DAP bukan untuk menCinakan Malaysia atau mengkristiankan orang Melayu. Pertama, jumlah semua orang Cina ialah 24% jadi, menCinakan Malaysia adalah kemustahilan. Mengkristiankan orang Melayu- siapalah yang mencetuskan pembohongan ini- kalau nak kristiankan, lebih baik kristiankan ahli cina DAP dahulu. Ramai yang bukan Kristian bahkan yang tidak ada agama pun ramai.

Kenapa DAP tidak boleh melakukan demikian? Susah hendak berhujah dengan orang Melayu macam Ibrahim Ali. Ini orang Melayu yang kita tawarkan pendidikan bersabsidi dan percuma , mereka membantah dengan keras berdegil untuk bayar PTPTN. Sebab orang Melayu banyak wang dan pendapatan mereka RM5900 sebulan. Sedangkan 400,000 penjawat awam masih berpendapatan dibawah RM1000 sebulan.

Ini orang Melayu yang buat demonstrasi nak bayar denda trafik RM300 dan ini jenis orang Melayu yang bangkit demonstrasi mahu bayar GST.

Apa masaalah Ibrahim Ali jika orang Melayu mahu jadi ahli DAP dan menyokong DAP? Biarlah mereka sendiri mengadili betul atau tidak DAP parti rasis dan cauvinis.

 Jika DAP berada dalam keadaan semula jadinya, Ibrahim Ali akan kata DAP parti Cina dan orang Melayu tidak ada. -Bla orang Melayu hendak memasuki DAP- keputusan itu dianggap tidak betul. Bagaimana orang Melayu boleh meramaikan jumlah mereka dalam DAP jika mereka hendak masuk DAP, mereka disekat? Jika Ibrahim Ali hendak lihat DAP ramai Melayu, maka dia mesti galakkan oran Melayu ramai masuk DAP.

Ibrahim Ali dan orang yang sepemikiran nya cemas jika DAP berjaya menarik minat orang Melayu. Saya sudah berkali kali kata- orang Melayu yang masuk DAP tukar wadah bukan tukar aqidah.

Kepada orang Melayu- jangan biarkan diri ditakuti oleh golongan yang mempertahankan kepentingan golongan istimewa bangsa Melayu. Ramai NGO mempertahankan keistimewaan yang dinikmati oleh elit dan bangsawan Melayu tanpa menyedari bahawa majority Melayu tertekan dan terpinggir dan disekat untuk mencapai potensi mereka yang penuh.

Banyak perkara yang telah berlaku dalam DAP sejak 10 tahun yang lalu. Old guard dalam DAP sudah berkurangan. Generasi pimpinan DAP yang baru terdiri dari pemimpin yang berpandangan jauh yang komited terhadap negara demokrasi yang memerintah mengikut rule of law. Pemimpin2 ini komited kepada amalan good governance dan penentang kepada salah laku dan segala bentuk rasuah.

Perkara2 ini boleh dilanggani oleh orang Melayu. Orang Melayu ada kedudukan istimewa yang kemudian nya di hijacked menjadi hak. Orang Melayu ada kedudukan istimewa –itu yang betul dan dilindungi oleh perlembagaan dan aturan berkerajaan dalam negara kita. Hak? Hak ialah sesuatu yang diperjuangkan, bukan diberi percuma atau digubal-undang2kan.

Jika Perkasa umpamanya pergi berjumpa pelajar2 Melayu diluar negara mengajar mereka jadi rasis, apa salah nya DAP pergi berjumpa pelajar Melayu diluar negara untuk mempekenalkan diri mereka? Bergantunglah kepada pelajar2 ini yang bukan hanya belajar mass communicatins untuk menggunakan permikiran mereka mengadili niat dan tujuan DAP.

Jika mereka memikirkan DAP itu parti politik yang menyediakan agenda politik dan social yang munasabh, jangan buang masa, masuk DAP dan bersama sama mengalahkan parti yang menyokong neo feudalism.

9 comments:

Anonymous,  18 April 2015 at 00:05  

Ibrahim Ali memang dah lama tak boleh pakai. Buang masa.
Tapi kalau dah nama keturunan Lim Kit Siang anak beranak semua trick dia akan cuba. Kalau nak Putrajaya, boleh gabung dengan Pas. Pas nak hudud, "kami tak akan bekerjasama dengan Hadi Awang" tapi tak berani keluar Pakatan. Paranoid ada komplot UG Pas Umno walhal sendiri nak berUG dengan Umno. Kalau DAP nak cuci tangan cerita lama jumpa je la ulama kat sana,setakat jumpa student,effect dia tak sepower jumpa ulama kat sana. Kalau nak lagi power bawaklah la sekali keturunan Karpal Singh, cucu pejuang kemerdekaan, baru la boleh cuci tangan.

Anonymous,  18 April 2015 at 07:52  

Org melayu yg asasnya islam sentiasa bersikap terbuka utk berkongsi kuasa kuasa dan malaysia...tetapi adakah org2 cina bersikap demikian? Baru ada power sikit dh tunjuk belang...siap bagi kata dua pada parti pas. Dan siap berkempen utk org2 tertentu yg dianggap oleh ahli2 pas sebagai pak turut klu x balaci dap.

Mungkin ada yg berkata...belum sesuai masanya...adakah dap akan menipu pegundi2 cina demi putrajaya? Adakah pas akan dibenar melaksanakan agenda islam selepas menawan putrajaya? Jawapannya tidak jgk.

Mungkin ada yg berkata...bwk berbincang dulu. Apakah tiada perbicangan seperti digembur2kan? Apakah perbincangan utk membantu melaksanakan atau perbincangan utk mencari kesilaoan2 teknikal demi menolak jika tidak melengah2kan?

Mungkin ada yg berkata...ini hudud pas...then skrg dah ada jawatankuasa teknikal melibatkan pakar2 dari kjaan. Bukan nk kata yg sebelum ni x ada accredition tp demi memuaskan hati...bwk masuk lagi pakar2 baru. Klu nk kata ini hudud pas...perhatikan dulu ahli2 jawatankuasanya yg diberi kiasa utk menggubal undang2 tersebut.

Mungkin jgk ada yg mengaitkan soal bencana alam spt banjir. Perlu difokus dulu mangsa2 banjir. Berapa puluh bilion diperlukan utk hudud? Malah ada yg kata ekonomi rakyat perlu diutamakan....nakal. Setahu umat islam hanya haji ada clause kemampuan. Maybe nikah also.

Mungkin jgk ada yg mengatakan tidak adil. ada yg kene hudud ada yg tak kene. Tapi kalaulah pas perkecilkan lagi hudud ni hanya utk ahli2 pas sahaja yg redho menerima hkum hudud...adakah waktu itu mereka baru mereka berpuas hati? Ada lagi ulasan2 x sedap didgr akan kedengaran dari mulut2 mereka yg tetap tegar x mau hudud.

Mungkin semua ni hanya dalih bkn dalil demi utk menyekat umat islam dari mencari jati diri. Biarkan lah kami dengan urusan agama kami...

Anonymous,  18 April 2015 at 08:49  

anon 07:52

pandangan tuan tidak salah...tapi apa kaitan nya dengan isiu Ibrahim Ali menegah orang lain untuk berhubung dgn pelajar?
adakah agenda Ibrahim Ali melalui perkasa pun Islamik hanya kerna Ibrahim orang Islam dan perkasa mengistiharkan agenda Islam.
trebaik pas bersendiri dan menang putrajaya secara sendiri juga lah.

Anonymous,  18 April 2015 at 10:54  

Saya tak ada masalah jika DAP nak dapatkan undi Melayu, jumpa pelajar Melayu. Malaysia is a free country after all. Saya sebenarnya pun suka agenda secular DAP. Saya tak suka bila Melayu berkiblatkan orang Arab (kaum yang kuno).

Tapi saya kurang yakin yang DAP bukan parti rasis yang penuh dengan hypocrites. Selagi Melayu hanya boneka dalam kepimpinan tertinggi DAP, rasanya majority Melayu tak akan support DAP.

UMNO (as a party) is so far still the best for Malays. Unfortunately, the present leadership sucks big time! Tak tahulah whether boleh di"rejuvenate" ke tak.

DAP ada peluang yang baik sekarang untuk dapatkan sokongan Melayu sebab UMNO is so corrupt. Tapi kita tak tau bila DAP dapat kuasa whether dia pun akan jadi corrupt. Only time can tell. But looking at their present Chinese leadership, the probability is high that they will be corrupt. Maybe worse than UMNO (it is known that in general the Chinese are more greedy than the Malays anyway).

As Tun M loves to say "Power corrupts. Absolute power corrupts absolutely". AND we know that DAP leadership is an autocratic with a capital A.

Anonymous,  18 April 2015 at 12:11  

Setuju Ibrahim Ali tak konsisten dan tak boleh pakai.

Saya x berapa tahu pasal Dap tp
Pas dari awal lg mmg x ada agenda ekonomi dan x ada gagasan tamadun tinggi buat kesejahteraan umat manusia keseluruhannya selama hayat di dunia.

Agenda hudud sj ada, iaitu agenda menghukum. Takkanlah Islam kerja dia menghukum saja? Rakyat melarat ke banjir ke x apa asal dapat potong tangan cepat-cepat supaya Tuhan redha. Seolah-olah Tuhan itu bukan maha kaya dan bukan maha tidak memerlukan. (Namun sebenarnya mereka main politik sj).

Umumnya cara pemikiran mereka ialah semua orang kena ikut perangai pemimpin dan puak mereka semata-mata kerana mereka kata mereka Islam. Takbeer! Itu sj :(

Bagi saya, kalau Dap boleh beri idea yg lebih baik, teruskan.

GST or GSB 18 April 2015 at 12:51  

50 tahun lebih UMNO, parti klasik melayu terbesar di Malaysia memegang tampuk kekuasaan, anihnya kaum melayu yang ketinggalan. Selama lebih 50 tahun kenapa Melayu masih ketinggalan sedangkan yang berada dipuncak kuasa selama ini adalah parti melayu yang terbesar di Malaysia?.

Dimana silapnya?. Melayu ketinggalan kerana DAP kah? Kerana PAS? Kerana PKR atau kerana kaum bukan Melayu?. Hakikatnya kaum bukan melayu bukanlah teras kuasa pemerintahan di Malaysia selama ini tapi dimana silapnya Melayu tetap dibelakang walau pun UMNO yang berkuasa selama ini?

Cakap berdegar degar, keris telanjang dihunus, berdendang lagu anak kecil main api tapi pemimpin Melayu yang berkuasa selama ini gagal untuk menjamin masa depan melayu sendiri. Apa yang pasti dan realiti ialah cuma segelintir Melayu2 yang hampir dengan puncak kuasa ini yang menjadi melayu luar biasa, dan pastinya juga dengan cara yang luar dari kebiasaan. Sedangkan rakyat ramai berhempas pulas untuk mencari rezki selain utk atasi himpitan GST. Sokongan selama ini kepada parti Melayu klasik ini tak ubah bagai sokong yang membawa rebah.

Anonymous,  18 April 2015 at 13:30  

Hujah penulis mungkin ada merit dan lojik jika mengambilkira yang menulis artikel ini adalah ahli DAP.
Betul, orang Melayu masakini fikiran mereka terbuka. Terutama dalam hal untuk membuat pilihan ; dalam hjal memilih antara yang baik , kurang baik dan terus tak baik. Mengatakan DAP sebuah parti poltik yang BAIK untuk orang Melayu adalah "the understatement of the year". Penulis sendiri dalam artikelnya ada menyebut tentang AGENDA DAP yang orang Melayu perlu ketahui. Semua orang terutama sekali orang Melayu tahu sangat tentang agenda politik DAP. Buatlah pungutan suara, referendum atau kajian dan survey. Dapatannya sudah tentu akan menunjuk betapa RASISnya parti ini terutama kepada Islam dan Melayu. Dan sebaliknya, mereka amat chauvinistik terhadap bangsa mereka. Ini pandangan dan pendapat saya secara ikhlas. Jika keadaan ini diterima, bukankah secara lojiknya orang Melayu perlu menolak parti yang terlalu ekstrim chauvinistiknya ??? Seorang itu memang munafik dan hipokrit jika mengatakan bahawa POLITIK dinegara kita tidak ada elemen ras dan puak. Agama hanya diguna untuk memperkuat tanggapan ini. Jadi, apa salahnya jika NGO-NGO Melayu seperti PERKASA turut serta berjuang mempertahan bangsa Melayu ??? Everybody else is doing the sama !!! At least we should be proud that there is an NGO like PERKASA that is bravely and openly fighting for the Malays .... a mechanism for check and balance against the racial and extrimist bigots.

Anonymous,  18 April 2015 at 20:31  

As long as you permit the presence of parties which only admit one race like Umno or MCA or MIC, or one religion like PAS, Malaysia will never be able to integrated as " Satu Malaysia" because there are always people like Ibrahim Ali trying to promote racial or religious extremism.Lets break away from this set mentality. Allow more Malay to join DAP. When there are more Malay members than the Chinese members, who say Malay cannot lead DAP?

Anonymous,  19 April 2015 at 20:04  

monday dap takes over putrajaya tuesday 153 goes into the dustbin. cannot trust dap. 13 may is more than enough a lesson. only after 12 years of merdeka dap showed its true colors.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP