Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 16 January 2015

Cara kita berIslam.



Cara kita berIslam ikut suruhan Allah dalam firmanNya 16:125 sudah tidak ada. Yang ada ialah cara nak sebat, nak balun, nak sula – kalau nak elak semua itu kawin dengan ustaz.

Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan hasanah dan berdebat dengan mereka dengan cara baik. Tiada lagi itu semua. Tidak ada hikmah, hasanah dan ada takut untuk berdebat. Ada ancam, ada kekerasan dan ada ikut aku atau kepala mu aku penggal.

Apa sudah jadi kepada kita orang Melayu? Kita nak gasak budak 3 orang ini dan suara2 harimau dan singa yang kelaparan di pinggiran mendesak darah 3 gadis remaja ini.

Ia telah diganti dengan cara berIslam ala puak pelampau. Kes 3 remaja Islam sekarang ini bukan hanya kes melakukan sesuatu yang tidak senonoh, tapi ia mendedahkan perkara yang lebih besar iaitu cara kita berIslam. Ini kesalahan kecil berbanding dengan maksiat lain yang lebih besar.

Seolah2 nya Islam dijadikan alat untuk membenam orang lain. Apatah lagi kepada puak  pelampau tersembunyi dalam negara kita( closet jihadists, boko haram, isis, Taliban), Islam boleh dijadikan alat untuk menekan dan mengawal orang yang tidak ikut cara kita atau tidak bersetuju. Dalam zaman pemerintahan seorang ketua negara Islam, seorang ulama di hukum bunuh hanya kerana enggan memperakui pemimpin tersebut mewakili Allah di bumi.

Ketua JAWI ancam 3 gadis remaja jika tidak tampil kedepan, akan kena tangkap. Sunat kan mereka. Saya andaikan JAWI ada kapasiti keluar atau mendapat waran tangkap. Yang boleh tangkap hanya pihak polis yang ada waran tangkap dan ada kuasa reman.

Maklum saja, ini dosa besar yang boleh rosakkan aqidah umat Islam. Segala kelemahan umat Islam Malaysia, bahkan dunia, segala dosa yang mereka lakukan , ditanggung oleh 3 gadis ini sekarang. Sebelum ini umat Islam Malaysia semua ok. 3 budak ini yang mendosakan umat Islam yang lain. Tuhan akan hukum kita. Tuhan akan laknat kita. Oleh itu, kita mesti hukum mereka. Jika boleh, heret ke khalayak ramai, bogelkan dan aibkan mereka. Cukur botak kepala mereka. Buang sial umat Islam Malaysia yang lain. Malaysia yang Islam akan selamat. Begitu?

Mak Cik Rosmah Mansor bila berdakap dengan Chong Wei itu lain- itu tunjuk sayang dan penghargaan. Lagi pun takpa jika wanita tua mendakapi orang muda jika tidak timbul birahi. Bila dia berdakap dengan pelakon Hindustan pun tak apa- itu pun ekspresi penghargaan, minat dan mungkin sedikit2 rasa lain.

Demikian fatwa Syed Ali al Habashi , keturunan Nabi Allah. Kita jangan lawan cakap2 al fadhil sahibus samahah al habib syed ali al habasyi. Masya Allah!  Ini penganjur ya hana na. nanti tak ada Zoharaddi- nul- Muaiyaad, bizuhu rin nabi Ahmad…susah kita.

Cara kita berIslam ikut cara sekolah lama atau old school sekarang diganti dengan cara Islam yang keras, tidak bertolak ansur, ganas dan ikut apa yang ditetapkan oleh ustaz2 yang mengepalai jabatan2 agama. Zaman dahulu kita tak dengar pun versi kekerasan ini. Wanita Melayu tetap Islam walaupun tidak pakai mini telekong. Tidak ada pulak pihak lain yang mengeciskan dan mempersendakan mereka. Sampai masa mereka Islam mengikut apa yang dikehendaki. Mereka mati mengucap dan dikebumikan cara Islam. Semasa hidup tak ada pun ustaz, kiyai, tok guru yang memaksa iku cara2 tertentu. Cara memujuk dan cara menasihati cara penghujjahan dan lembut ialah cara kita menegakkan Islam zaman dahulu. Jenerasi dahulu tidak kurang Islam daripada jenerasi Islam sekarang.

Hari ini yang menonjolkan diri secara fesyen Islam ramai yang melakukan maksiat dan dosa yang lebih teruk dari 3 gadis remaja. Tolonglah- ada sedikit rasa kasih dan sayang kepada anak muda. Yang rasa mereka sudah selamat, aqidah mereka mantap- doakan budak2 muda ini membaiki kesilapan. Jangan tambah dengan mengkehendaki hukuman yang berat. Manalah tahu , yang bercakap dari rumah dan rasa mereka ok dari adab susila Islam sedang tonton porno. Negeri yang menggelarkan dirinya negara beriman dilapurkan sebagai mempunyai ramai sekali penonton pornografi.

Reaksi saya yang pertama dalam kes kenyataan tindakan keatas 3 gadis remaja Islam yang berdakapan dengan pop star korea ialah- ini semua remaja, mustahil cara kita bereaksi seganas begini? reaksi pihak berkuasa ialah membakar kelambu untuk halau seekor nyamuk. Apa yang terjadi mungkin perbuatan rangsangan bioloji semula jadi. Gadis remaja merasa teruja sangat naik keatas pentas dan didakap atau mendakap penyanyi kesayangan mereka. Penyanyi korea pula berkelakuan seperti yang biasa mereka lakukan. Ini reaksi spontan.

Saya rasa JAWI patut pergi melawat kampong dan mengharamkan program2 gusti. Pernah kita tengok pakcik dan kadang2 makcik Islam tengok gusti di TV? Mereka hilang akal dan berkelakuan unislamic. Maka jika program gusti menyebabkan orang dewasa Islam berkelakuan tidak senonoh, baik haramkam program gusti.

Ini reaksi spontan. Demikian juga dengan 3 gadis remaja yang dimaksudkan. Reaksi spontan dari anak muda yang teruja yang memperlihatkan cara menunjukkan kepeminatan mereka. Janganlah kita membaca nya sebagai suatu yang mengaibkan dan meruntuhkan Islam, kerana sama ada kita suka atau tdak, ada perkara yang lebih besar yang meruntuhkan islam.

11 comments:

Anonymous,  16 January 2015 at 10:28  

Saya bukan Islam, tetapi apabila saya lihat apa yang terjadi di dunia sekarang saya geleng kepala dan sakit hati. Dengan kadar kematian yang berpunca dari Islam, saya kira bilangan kematian atas nam Islam akan melebihikematian di peperangan dunia kedua.

ISIs, Boko-haram, Al-Qaeda, Abu Sayab, Taliban dan lain-lain tak habis-habis nak bunuh orang supaya dapat ke syurga.

Apakah ajaran ini yang mana jalan ke syurga dipenuhi dengan mayat ? What kind of teaching is this where the road to heaven is littered with dead bodies ? Ajaran ini telah susuk masuk ke Malaysia sedikit demi sedikit denagn tindak tanduk JAKIM dan JAI negeri-negeri lain. Apakah ini nasib MAlaysia seperti nasib dunia Islam lain ?

Di Malaysia, walaupun tiada pembunuhan secara fizikal, tetapi secara minda banyak berlaku; orang ramai tak boleh berfikiran sendiri tetapi mesti ikut telunjuk-telunjuk puak-puak arab tertentu. Kalau tidak ikut macam-macam ancaman dikeluarkan.

Wahai, apakah nasib negaraku, Malaysia. Will she become Malaysia DArul Taliban ?

Anonymous,  16 January 2015 at 12:31  

Everyone knows Tunku drank, played poker and lets face it, his relationship with at least a couple of ladies before he married would be considered unIslamic today.

BUT I also remember Tunku the older he got, when discussing Islam - here OR abroad, who outqouted and outdebated Ustazes and so called "defenders" of the faith, here and in the Middle East with style.

I would not dare to say I know Islam. But Tunku taught me what it meant to be Malay and what is happening is NOT Malay and those people are not Malay.

Anonymous,  16 January 2015 at 15:52  

Islam itu lembut mendakwah sebenarnya samaada kepada bukan Islam apalagi sesama seagama. Selembut menarik rambut dalam tepung. Moga kita dapat melaksana dakwah dan nasihat dengan semurni mungkin. InsyaAllah.

Anonymous,  16 January 2015 at 16:54  

Penguasa agama makan gaji; mereka ni hipokrit bukan satu sudut saja. Pilih bulu, pilih kasih, pilih dosa. Orang besar lepas, orang kecil kena. Dosa besar lepas, dosa kecil kena.

Penguasa agama makan gaji; idealisme tak ada, ilmu kurang, kerja pun lebih kurang. Kadang-kadang pi tangkap manager kedai buku nak tunjuk buat kerja. Kali ni suruh remaja K Pop datang mengadap. Besar betul dia, lebih dari raja.

Unknown 16 January 2015 at 17:34  

Boss Sak,

Off topic...
but during sesi Parlimen akan datang, as MP mungkin boleh tanya kerajaan mengenai isu Harga Gula...

in World market, the price is at 15cent USD per pound bersamaan dengan RM1.18 per kilo...

Mengapa kami sebagai rakyat bayar RM2.84 sedangkan harga gula da turun 50% in world market from peak price before...????

Mohon penjelasan or write a topic on it so all your readers are made aware off... you can refer to blogger outsyed on the topic also today based on my comment earlier to him...

Harga milo, Gula, Tepung, Susu at rm6 /liter are very expensive than most of the average countries pays...

Anonymous,  16 January 2015 at 19:18  

It is sad that sin are now managed and addressed by man or Jakim, jails and so on. When did Allah authorize them to act on his behalf to be the judge and punisher. Jakim seems to be confident of dispensing right and wrong as if equating the role as Allah. It is time Malay Muslim to stand up against these self righteous people who wants to dictate how you live.

Greenbug 17 January 2015 at 01:33  

Pak Sakmongkol, kenapa pemimpin yang sepatutnya memimpin dan meberi tunjuk ajar when things go wrong selalunya senyap sunyi saja? Dia tak peduli kah kalau Negara ini satu hari nanti kelam kabut kucah kacir?

bruno 17 January 2015 at 09:44  

Hugging and kissing on cheeks are normal.Parents,children,relatives and friends hug each other when they met.So what is the big deal of three teenage Malay girls hugging their pop idols?This is the 21st century,you good for nothing Jawi sleepyheads.

When stupid people or little Napoleans are put into small positions of power,they of course made stupid or moronic decisions.Can anyone tell me what to expect from stupid persons of moronic ideology?

These stupid people left traces of shit wherever they go,from Alor Star to Johore Baru.Put these morons in a room together with a mule and they will start bonking the mule too.These stupid people cannot put their brains if they have any to work.Why?Because they have animal mentality.

No matter how careful they are,one day these Jawi officials will be caught committing khalwat or bonking the donkey.It is just a matter of time that they get caught,not by Jawi officials but by the public.

bumi-non-malay 17 January 2015 at 10:36  

Sebenarnya semua ini adalah jentera UMNO-BN untuk tengok REAKSI rakyat islam melayu.....nak tengok UMNO-BN masih ada Kontrol dengan minda Rakyat Melayu Malaysia....

Nak rakyat Lupankan saja ISU lebih Besar...Pasal IGP dengan Izin UMNO lepaskan Pembunuh Altantuya Sirul....secara silap. APA Jenis undang2 ni....Pembunuh Upahan UMNO senang dapat Ikat Jaminan....??? Boleh Keluar main2??? Jangan lagi kita Romantik terhadap Kezaliman dan Kekejaman!!

Kita Patut hebohkan lagi supya IGP Tan Sri Dipecat Bersama Menteri IGP Hissapmuddin kerana BODOH dan TIPU Rakyat Malaysia serta Agong-Sultan.....

Datuk harus tanya macam mana IGP tahu Sirul kat Australia bila Australia tak Kenal dia datang?? Benarkan Australia benarkan seorang dengan "crminal murder record boleh diberi Visa"..... Saya rasa cukup bukti untuk Pecat IGP dan Hissapmuddin kerana TIPU Rakyat Malaysia!!....Tapi ini Malaysial.... Kerajaan UMNO-Bangsat Negara....tipu...bunuh...korupsi...curi....semua boleh di KAW TIM...sebab 46% rakyat telah diJinakkan Minda Basuh UMNO.....Yang 54% yang Marah dengan UMNO-BN harus BBB...BBB... Bangun Bangkit Basmikan UMNO!!

Anonymous,  17 January 2015 at 20:57  

Dato,
I like Bruno's 09:44, graphic and to the point !!

Anonymous,  18 January 2015 at 10:58  

Dato',
Ini lah umat Islam akhir zaman, bercakap tanpa ilmu dan sekiranya ada ilmu pun ditutup oleh nafsu sebab nak jaga perut.
Kita akan terus melihat dan mendengar , fatwa fatwa yang hanya akan mengenyangkan golongan yang mahu arahan mereka sahaja di dengar.
Gologan pedagang atau golongan bisnes akan terus mencekik gologan pengguna dengan seribu macam penipuan dan golongan pemerintah mengikut telunjuk golongan bisnes kerana ada agenda tersembunyi yang mereka mahukan untuk terus berkuasa.
Manusia dinamakan insan kerana cepat lupa. Kerana sebab itulah peringatan di tinggalkan oleh Rasullulah SAW melalui Al Quran dan Al Hadis sebagai bekalan umatnya semasa masih bernafas supaya tidak lupa tentang kewajiban dan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Berapa lamakah sangat umur kita? 70 tahun? 80 tahun? Akhirnya kita akan bertemu Pencipta kita di Padang Mahsyar. Buatlah banyak kebaikan supaya urusan kita di sana nanti lebih mudah..
Kepada Pemimpin yang di amanahkan utk memimpin, MATI itu PASTI.. Tak amanah, tak jujur dan segala jenis kemungkaran akan menyebabkan kamu kekal di dalam neraka. .. Itu janji ALLAH SWT.

Mangsa banjir.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP