Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 24 September 2014

Zahid Hamidi dan Orang Melayu nya




Zahid Hamidi buat hal lagi.
Zahid Hamidi buat hal lagi. Melayu mesti mempertahankan  kepentingan Melayu.  Ini menteri cakap macam menteri yang tidak ada pembudayaan oleh pendidikan sedangkan dia ada digri kedoktoran. Tak ada kehalusan lansung, tapi cakap uncouth. Menteri Malaysia bercakap mengenai perpaduan bangsa sendiri- bukan perpaduan rakyat Malaysia.
Bila takda modal nak jawab- cari kambing hitam.
Inilah akibat bila tidak lagi boleh mempertahankan dasar yang dilaksanakan, bila rasuah terlalu besar, bila urustadbir incompetent- jalan keluar ialah membangsakan segala masaalah. Ini masa nya untuk jadi rasis. Sedangkan salama ini yang berkuasa, yang melaksanakan dasar ialah kerajaan pemimpin UMNO. Apa kesan kepimpian dan dasar UMNO jika Melayu terus merosot?  Ini soalan yang harus orang Melayu Tanya dan pengundi Pengkalan Kubur kena jawab.
Parti perintah Malaysia atau JKKK kehormat?
Kita mesti sedar- UMNO ini bukan parti untuk perintah Malaysia. UMNO ini parti yang hanya layak perintah sebuah kampong yang semua nya Melayu. Dan jika semua nya Melayu pun, korapsi, salah guna kuasa, buli dan tekan akan berlaku. Jika semua nya Melayu- siapa yang kita salahkan?
Bukanya kaum yang menyebabkan rakyat susah- pemerintahan dan kerajaan.
Jalan keluar rakyat Malaysia ialah membenamkan semua parti yang melihat masaalah dari sudut bangsa mereka. Tidak kira parti termasuklah parti DAP juga. Segala bentuk perkauman tanpa kira dilakukan oleh sesiapa, Melayu, Cina, India mesti kita tentang.
Jangan kita tertipu dengan dakyah pemimpin UMNO- bila sesak salahkan bangsa lain. Jika semua orang melihat masaalah kaum mereka disebabkan oleh bangsa lain- mana mungkin ada perpaduan dalam negara kita?
Hak individu anugerah Tuhan- tidak ada siapa boleh rampas.
Jalan keluar ialah- walaupun susah sedikit ialah melihat diri kita sebagai seorang individu( bukan bangsa) yang mempunyai hak mutlak yang dianugerahkan oleh Tuhan yang tidak boleh diambil oleh mana2 pihak. Hak itu memberi kita kuasa mutlak menentukan jenis kerajaan yang kita kehendaki , dan jenis kepimpinan yang kita kehendaki yang memberi kita ruang untuk bertanggungjawab atas kebajikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Kerajaan hanya wadah untuk kita mencapai matlamat kolektif yang tidak mungkin tercapai kalau kita buat sendirian. Kerajaan bukan sesuatu diatas kepala kita yang menindas, membuli dan gila kuasa mahu kita puja dan sembah mereka.
Zahid suruh Melayu bersatu hendak relakan kemungkaran.
Ini yang Zahid hamidi hendak orang Melayu terus buat. Menghamba abdikan diri kepada segelintir pemimpin UMNO yang akan merompak negara ini atas nama bangsa, agama dan tanah air.  Ingat- duit rakyat dalam tangan UMNO tidak akan selamat. Duit orang hendak pergi haji pun hamper lenyap kerana lembaga pengarah Tabung Haji dah lulus guna RM640 juta beli hartanah di Detroit Amerika. Pencarum Tabung Haji nak sebut Detroit pun tak tahu.
Ingatkan saya mendakawa kesemua eksekutif kanan Tabung Haji nanti ya. Melayu semua itu.
Kepentingan apa yang Zahid suruh kita pertahankan?
Berbanding dengan orang Cina dan India, orang melayu paling miskin. Kalau kita guna perangkaan yang kerajaan gunakan dan anggap nya sebagai betul- orang Cina pendapatan bualan RM6400, India RM5200 dan Melayu? RM4400.  Ini pun kita tahu angka yang tidak betul.
Muhyidin kata nelayan di Pangkalan Kubur dapat hasil TM500-600 sebulan- ok lah tu.  Pemimpin UMNO penipu belaka.
2.2 % orang Melayu di Kelantan hidup dengan pendapatan dibawah garis pendapatan kemiskinan. Berapa nilai garis tersebut kerajaan tak tahu. Jika diletak rendah, maka sedikit sahaja mereka yang papa kedana. Jika garis pendapatan nya RM3000 sebulan bagaimana? Hampir 50% rakyat Malaysia miskin dan 90% darinya Melayu.
Kepentngan Melayu mana yang Zahid suruh kita pertahankan? Janganlah tenggelam dengan rasa diri nya sangat penting dan berkuasa, Zahid ingat dia booleh cakap sesuka hati dan mahu kelentong orang Melayu.
Kepentingan siapa? Melayu elit dan istimewa yakni yang 20% teratas pendapatan purata bulanan nya ialah RM11,000 sebulan. Yang paling miskin yakni 40% terbawah berpendapatan RM1700. Itu angka purata. Sebab angka itu naik kerana ada 5%yang terkaya.
Zahid suruh kita mempertahankan semua ini.
Rakyat sudah tahu bahawa mereka berada dalam keadaan demikian ialah pemimpin UMNO semua nya sapu duit. kerja mereka, dalam keadaan mereka mungkin kalah dalam PRU14, ialah merompak sekencang kencang nya.  Sukalah kita beritahu puak UMNO yang duduk dalam majlis daerah bahawa kamu semua memerintah diatas 48% undi popular iaitu kurang dari undi popular 51% yang diperolehi oleh PR. Sokongan moral kamu tidak ada jadi slow2 sikit cakap itu dan jangan buli rakyat.
Jadi apa kepentingan melayu yang Zahid suruh kita pertahankan sehingga tetesan darah yang terakhr?
Kepentiingan melayu mana yang diancam? Raja Melayu? Raja mutlak sudah tidak ujud lagi. Rakyat bangkit jika raja Melayu yang berpelembagaan cuba melanggar kedudukan yang dibenarkan oleh perlembagaan. Melayu bukan bodoh lagi.
Di Negeri Johor yang bangkit menentang pembangunan persisiran pantai ialah Melayu. Melayu bangkit jika kepentingan mereka diremehkan. Pemerintah dan raja tidak ada kuasa mutlak. Apabila kepentingan rakyat diancam, mereka akan bangkit. Bukan durhaka tapi  mempertahankan kepentingan mereka.
Durhaka pun bukan satu jinayah.
Saya hendak beritahu orang Melayu- berhentilah kita dibodohkan oleh orang UMNO. Pemimpin melayu kita melawat ke Vietnam baru2 ini diiringi oleh saudagar cina 40 orang. Dalam negeri cakap berdegar degar mempertahankan kepentingan Melayu. Sebab itu kita ada pemimpin Melayu- nilai jam tangan sahaja dikatakan RM1.5 juta. Pemimpin UMNO berniaga semua dengan cina. Raja melayu pun berniaga dengan cina. Tapi mereka suruh kita rakyat baisa berkelahi dengan cina.

12 comments:

Anonymous,  24 September 2014 at 10:13  

Dato', you would have been a fantastic teacher if you chose to be one (I don't know much about your background). You can just give clarity to issues at hand. Keep it up and 'educate' us, the Rakyat.

Thank you.

Anonymous,  24 September 2014 at 13:41  

Dato, have a wider audience for this article, pls also have in English text.

Anonymous,  24 September 2014 at 14:27  

Dear Dato,

I would like to Highlight the Following Mat Sabu Style:

Perdana Menteri - Melayu
MB Perlis sampai Kelantan Melayu (except Penang)
Ketua Ketua dalam Jabatan Kerajaan - Melayu
DO - Melayu
Ketua Polis - Melayu
Ketua Kampung Melayu
Guru Matematik - Melayu
Guru Bahasa Ingerris - Melayu
Guru Besar - Melayu...
.......

Everything - Melayu

In bermaksud, Kerajaan yang di pilih memang not kompeten, sebab setelah kontrol Politik negara, Jabatan Kerajaan, masih lagi di ancam oleh Kaum Cina/India dll.

Apa nak jadi ni...

The real problem in 20 years from now:

Indoensians will control all the small business in Malaysia

Go to Chow Kit - everything has been rented out to Indonesian

Go to Bukit Gasing Area: every small provision shop is run by indonesians.

Blue ics are being given just like that.

If we are both alive, 20 years from now, our politicians will be battling the Indons in Malaysia.

Melayus will still loose out.

Unknown 24 September 2014 at 14:51  

Dato,
Tk payah cakap lebih2 dato,kan kita dh 57 tahun (jika orang nk pencen dh),dn umno printah tk putus2 kn?
Sapa yg kianat kpd bangsa melayu dgn melenyap-lupuskn resab tanah utk melayu dri lbih 3 juta hec kurang dari 1.5 hec.
Kan yg kata jaga kpentingan bangsa melayu yg lsngsaikn tanah2 melayu......penang,singapore etc dari sblum merdeka lagi....dn umno kononnya pertahan institusi kianat itu sama dgn curang laku mereka sendiri.
Sedihnya dimata mata hati dn akal orang melayu yg masih dukong mereka....biawak2 hidup!

Anonymous,  24 September 2014 at 16:00  

If the writer of this article is a non-malay.......i perfectly understand. If you are a malay....Please dont call yourself a malay......go abroad, find a new home and country. Malaysis does not need a malay like you. I personally do not like zahidi becos he is weak like najib. But i would be teady to die protecting malaysia if the writer wants to create trouble

Anonymous,  24 September 2014 at 16:29  

Begini lah dato perkara ini dah pun berpuluh tahun berlaku dan dah rasa pun,setuju betul tepat akan apa yg.d kata sesungguhnya mereka & keturunan mereka akan berakhir dgn. Kehinaan dah pun berlaku cuma syaitan manusia ini hanya tuhan sahaja yg.adili sampai kiamat pun tetap sama kecuali tiba masa nanti sumbat saja ke penjara rampas harta mereka pulangkan balik kpd.negara. Dulu kini & selamanya d anggap hasil mahsul pak teleki mak depa punya,lebih dari penyagak tak cukup makan lebih fakir dari orang miskin.

Anonymous,  24 September 2014 at 16:37  

Cakap lah apa pun, Malaysia kami punya rakyat yg. pileh bukan kah itu demokrasi.kami pandai cgpa pun hebat selain kami semuanya bodoh

Anonymous,  24 September 2014 at 16:40  

Orang Melayulah yang menjahanamkan kaum Melayu sendiri.

Anonymous,  24 September 2014 at 17:09  

Dato yang paling best!
Pencerahan dato jelas dan senang di ikut.

Kita harum tumbangkan UMNO secepat mungkin.

Inshaallah!

Anonymous,  24 September 2014 at 17:31  

Orang Cina tidak percaya kepada keistimewaan yang diberi oleh sesiapa.

Dia orang cuma tahu belajar/bekerja kuat akan mendapat pahala setimbang dengan usahanya. (reward)

Cina tidak hirau apa keistimewaan yang ada sekarang oleh kaum melayu.

Cuma mentari Umno yang suka menyuruh org melayu mempertahankan "keistimewaaan" cronies yang berbangsa malayu/Cina/India/Pakistan.

Sebagai seorang yang waras dan boleh berfikir, apa yang menteri Hamidi cakap ialah mempertahankan Cronies "right" untuk memrompak kekayaan negara dan bukan keistimewaan kepada bumiputera yang 2nd class.

Slogan ini selalu dipakai oleh Perkasa dan menteri untuk mengkayakan cronies mereka.

Hidup cronies melayu.

Greenbug 25 September 2014 at 02:57  

Saya seorang rakyat Malaysia keturunan Cina... biarlah saya kongsi di sini dengan pembaca-pembaca blog Dato Sak apakah yang kami pentingkan dalam kehidupan kami....

1. Sejak kami paham cakapan ibu bapa, apa yang kami dengar sejak kecil ialah "pendidikan itu penting" dan anak yang baik ialah anak yang pandai dan bijak disekolah...

2. Bila kami membesar, kami selalu dinasihatkan jangan lawan pemerintah dan hormati polis dan undang-undang... ada juga yang nasihatkan kami Negara ini miliki Melayu, kita kerja kuat dan cari makan saja lah, jauhkan diri dari berpolitik...

3. Bila sudah dewasa dan mempunyai ijazah pun, kami hanya pikirkan "food on the table for the family" and pay for education for the children

Jadi, all along manalah ada orang Cina menjadi ancaman kepada orang Melayu?

Anonymous,  26 September 2014 at 10:09  

kenapa tabung haji byk sgt hartanah kat luar negara tapi satu pun tak dak kat mekah...tak boleh buat untung kat mekah ker...tujuan org mencarum kat tabung haji nak buat pi mekah bukan nak buat p melancong kat perth ker

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP